Hi, readers! Lepas 2 bulan kahwin baru aku ada masa nak buat review pasal wedding. Sibuk menjadi isteri katenye! (Padahal bukan duduk same2 dengan Popeye pun. Ceh.)
Sangat2 puas hati dengan wedding ceremony kitorang dari sesi akad nikah sampailah ke outdoor. Semua yang dirancang Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Gambar dan Video kahwin pun superb+cepat dapat. Terima kasih kepada yang memberi ucapan tahniah dan yang mendoakan kami. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.
Nak tau sape yang jadi Wedding Planner pada untuk wedding aku ni? Ofcourselah Emak den yang tercinto Puan Hjh Sabariah dan pengantin sendiri. Kepada b2b yang macam aku, tak de official wedding planner, aku nasihatkan ape yang penting? KESABARAN yang tinggi. Maunya tak. Walaupun aku kamceng dengan Mak aku tapi tehtaplah jugak kami argue macam2 lepas tu dah nama pun anak beranak perangai sama je mestilah dua2 tak nak mengalah. Tapi ape yang penting sila rancang betul2 apa yang korang nak buat dan walaupun kita orang muda hati panas+keras kepala, pendapat orang tua harus diambil kira. Ingat, diorang lagi dulu makan garam dari kita (chewah nasihat!) Tapi tak yah nervous over2 okay sebab sebenarnya xde ape pu dan bila dah selesai majlis korang confirm akan rasa sangat lapang, sangat seronok, lepas tu boleh gedik2 dengan husband cakap "Jom sanding lagi sekali, Bang". Ceh. Padahal masa preparation tu kemain tekanan lagi sampai adik usik barang sikit pun boleh melalak2 cam orang gile.
Sebelum aku mengarut dengan lebih panjang moh la kita start review kita sekarang.
WEDDING DRESS+BAJU AKAD NIKAH
Okay kita start daripada tudung ye kawan2. Tudung yang aku pakai ni dari AJ-Aidi Juma The Curve (RM15), aku mintak kawan aku Wanie Rusli belikan (wah, sila bangga skang aku siap mention nama kau kat blog aku ni. Hahaha!*bajet blog ni glamour ramai orang bace. Ceh.*) Tapi sebab tudung tu plain je aku pun gedik2 beli Ros 3D tu kat Qoma Boutique (RM19 termasuk pos). Kalau tak familiar dengan nama tu boleh cari kat facebook sebab Aidi Juma+Qoma ni memang famous amos.
Ni wedding dress saye dari Syara Kim. Kasut+Veil untuk reception pun dari Syara Kim jugak. Baju ni beli terus. Lepas ni nak alter untuk jadi night dress untuk dinner pape sebab untuk wedding ni buat meleret. Kalau pergi dinner pakai macam ni overina puleks! Tapi pape pun suka sangat wedding dress ni!!! ♥♥♥
Baju akad nikah, kain untuk baju melayu lelaki dan kain untuk baju perempuan beli kat jakel (sama jenis). Aku pernah buat entri dah pasal nak pilih kain dan beading ni. Baju 1set sampailah ke veil, semua tempah kat Pak Andam yang sama. Design aku discuss macam mana aku nak, dan tara! Inilah hasilnya. Baju husband hantar jahit kat kawan Ayah aku je. Dia memang cantik buat baju Melayu kat Bahau ni tapi kedai dia tak selalu bukak. Kena buat special request. (-.-). Tudung untuk akad nikah aku beli RM15 kat Terengganu. Lepas tu beli batu meter tu topup sendiri sebab batu yang ada tu 1 layer je. Kasut nikah pink boleh tengok kat entri-
My Wedding Shoes
Pelamin yang gojes ni idea bersama aku dan Pak Andam *poyo sket*. Puas hati sangat bila dapat hasil dia macam ni! Pak Andam tu memang special sikit. Dia akan cuba buat apa yang kita nak. Untuk hasilkan pelamin ni, aku cakap dengan dia, aku tak nak pelamin panel. Bosan. Aku nak yang bulat+fresh flower+aku nak kerusi besar (hala2 artis uols) Lantaklah aku nak feeling2 glamer bukan hari2 pun demand macam ni kan. Hehe. Bunga telur tu aku beli rangka lepas tu topup2 riben siket, dalam tu ade coklat Ferrero Rocher (murah je sebab aku beli kat Singapore).
Ni pulak gambar pelamin yang ada hantaran dari pengantin perempuan (aku lettew!) Nanti aku buat entri untuk hantaran close up, okay! :)
Ni pelamin nikah. Pak Andam yang buat jugak. Aku sebenarnya nak suruh dia buat pelamin nikah simple2 je macam ala2 letak kain, lepas tu stage lite2 gitu sekali dah siap hamekkau! (T_T) Pengantin sungguh terharu!
Hiasan tangga pun Pak Andam buat. Sungguh meriah uols. Merah mak ngah!
Ni pulak tempat makan pengantin. Meja dan meja kek sekali dengan khemah, tapi hiasan belakang dan bunga2 tu semua Pak Andam yang buat. Pak Andam aku kata untuk event rumah aku dia guna barang berasamaan 3 pelamin majlis orang lain. Bayangkanlah pitam tak pitam dia nak cover semua sekali. Tapi hasilnya memang superb! Aku memang sangat2 recommendlah!
GUESTBOOK TABLE+MINI PHOTOBOOTH
Ni guessbook table dan mini photo booth yang di DIY sendiri oleh pengantin. Pepangi buta kol2 kot aku buat mende ni. Memang pengantin kena gigih, okay! Tapi bunga tu bukan aku gubah Pak Andam and crew dia yang buat. Aku set up yang lain2 tu je.
Ni centrepiece meja makan VVIP. Idea ni aku rasa aku ambik online. (Sorry aku tak ingat website mana sebab banyak sangat blog+wedding website aku baca.) Simple but nice, kan! Suke sangat. Modal takda ape pun. Lidi tu dapat free sebab beli satay, table tag 'Rombongan Pengantin Lelaki' tu aku print out sendiri, epal tu RM bape tah tapi murah jela modalnya. Sebenarnya aku nak buat centrepiece setiap meja tapi memandangkan Ayah aku ambik khemah sampai 15, takpelah aku lupakan je hasrat murni aku tu. Just untuk VVIP+Navy je ade centrepiece special ni.
Ni contoh table tag. Comel okay corak ni. Suke sangat polkadot!
Ni tag terima kasih kat goodie box. DIY sendiri jugak. Modal A4 paper dan saki baki ink printer. Hehehe. Murah okay! Tak yah tempah memahal tu. Membazir. Eceh :P
Ni Khemah oleh Helmi Event
Bongai Kampung Lonek. Bongai okay tapi Dj Mak aku tak suka. Dia cakap dia lagi pandai jadi dj. Kelas Mak aku. Mak kau hado? Hahaha.
Pasukan Kompang Jambu 8. (Aku tak sure betul ke tak nama pasukan ni sebab aku tak plan nak ada kompang tau2 je ade uncle tu uruskan untuk panggil team ni. So aku tak sure sangat)
Wedding Cake! Akak Pak Andam yang buat (1 family dia bisnes, okay!)
Aku rasa tu je kot. Kalau ada b2b yang nak tau lebih lanjut pasal wedding vendor aku ni leh email or komen kat sini or tengok entri
Wedding Checklist sebab situ aku ade mention semua nama2 yang terlibat.
Nasihat kepada b2b, bacalah blog2 b2b, ex-b2b, wedding blog sebab banyak sangat idea2 bernas+comel+gojes yang boleh di apply untuk wedding korang. Pada yang creative, boleh DIY lebih murah+jimat. Sila dapatkan rehat yang cukup sebab korang sangat2 confirm akan penat gilerh pada hari tersebut. Macam aku, ada 6 persalinan masa hari Jumaat 6hb Julai tu so memang sangat menguji stamina. Hari Sabtu pulak dari pagi sampai ke petang, siap ada outdoor lagi. Pergh! Memang macam2 korang kena prepare menjelang majlis tapi make sure walaupun korang busy, korang tak abaikan kesihatan. (Aku tak boleh nasihat korang untuk tidur awal sebab aku pun hari2 stay up tapi bukan buat preparation wedding tapi tengok Euro 2012!) Bagi peminat bola cam aku jangan salah pilih wedding date sebab nanti hari2 jadi panda cam aku. Hahahaha. Kesihatan, makan, muka, kena jaga. Barulah gojes, okay! Goodluck!