31 December 2011

Wishlist Of 2012

Today is the last day of 2011! Cepat2! Update Wishlist 2012 sebelum terlambat!
Hehehe.Macam tahun2 lepas, tahun ni pun aku ada wishlist. Alhamdulillah, apa yang aku nak dalam list 2011 telah dapat aku tunaikan dengan jayanya. Thank You Allah :)
Cuma Wishlist 2012 agak berbeza sedikit dengan wishlist tahun2 sebelumnya. Selalu aku ada wishlist yang panjang berjela-jela tak hengat, kan. Tapi tahun ni cuma satu je benda dalam wishlist aku...

AKU BERHARAP DAN BERDOA SEMOGA MAJLIS PERKAHWINAN YANG AKAN DIADAKAN NANTI BERLANSUNG DENGAN LANCAR DAN JAYANYA TANPA ADA SEBARANG HALANG DAN KECACATAN.
SEMOGA SEMUA YANG DIRANCANG OLEH AKU DAN KELUARGA BERJAYA DILAKSANAKAN.
SEMOGA KAMI MENJADI PASANGAN YANG BAHAGIA SAMPAI SYURGA.
INSYAALLAH.

Sama-sama kita doakan. Amin.

27 December 2011

Suaya Preloved.

Walaupun aku sibuk dengan persiapan nak kahwin, sempat jugak tu buat busines online. *kau memang gigih!* Ni adalah blog aku. Preloved Blog. Mula2 nak buat busines barang2 preloved, lepas tu teringat pulak pasal busines bra bag aku yang senyap je. Makanya, aku pun memulakan promosi. *sempat uols!* Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, kan? Popeye pon sangatlah supportivenya siap nak tolong promotekan kat member2 dia lagi. *love~love~love~*

Sebenarnya masa mula2 aku nak buat blog jual barang preloved ni Mak tak bagi pon. Dia memang tak suka aku kerja/jual barang2 ni semua. Aku pun tak faham kenapa. Memang aku tau Ayah mampu je nak bagi aku duit untuk beli2 semua benda untuk wedding aku ni tapi aku kalau boleh untuk hantaran Popeye aku nak beli semua pakai duit sendiri. *sweetkan? sweetkan?* Barulah aku rasa puas hati kot dan sebab tu lah aku gigih nak kumpul duit jual2 ni semua. :)

Yang bestnya hari ni tudung2 preloved aku habis dijual! Memang mantap :D
Jadi tinggal lagi blouse2 dan cardigan je. Biar je la pun aku malas nak promot barang preloved sebab sekarang nak fokus kat penjualan bra bag. Doakan perniagaan aku berjaya, okay! Kalau nak beli boleh SMS. Murah2 je ni...!

24 December 2011

Kegigihan MenDoorgift

Lama tak jenguk blog. *eleh baru 4 hari feeling2 je lebih!* Saja je. Lol. Sebenarnya nak cakap yang aku busy sekarang nih. Dah 3 hari aku tak keluar rumah! Duduk buat ape? Ha. Buat kotak2 doorgift sendiri. Gigih? Sangat, okay! Bagus Bride to be(b2b) ni (Sarah) siap ada gambar dan alamat kat mana nak beli kertas. Aku yang dari hari tu duk buat paper hunting sepantas kilat telefon kedai tu! Rupa2nya tak jauh dari area UPM. Lepas Esso yang bersetentang dengan Kampung Malaysia Tambahan. Depan simpang masuk ke kedai tu ada signboard KLCC. Kedai dia tersorok barisan belakang. Barisan depan tu ada kedai besi buruk. Di sebabkan aku malas nak cari, aku telefon je nyonya tu 0390564419 tanya direction. Padahal aku sangatlah familiar dengan tempat ni (T_T)
Macam2 jenis kertas ada. Kemungkinan besar kad kahwin pun aku beli kertas dari sini jugak nnt. Jimat lagi!
Hasil duduk rumah 3 hari?


Dang!
Dah dapat siapkan 200pc. 1800pc more to go! *pitam*
Jimat okay buat macam ni. Kertas gold 31"x43"ni sekeping rm2.60 boleh menghasilkan 6 kotak. Mak aku beli banyak nyonya tu bagi murah lagi rasanya. Maka 1 kotak lebih kurang RM0.40. Kalau beli yang print out ready made RM11.90/10pc. Aku nak pakai 2000pc. Jimat banyak tau! Tapi yang diperlukan adalah kerajinan aku, Mak dan Bibik. Sakit pinggang wa cakap lu nak buat dia punya templates tu banyak2. Tapi bila dah siap, puas hati okay tengok hasil kerja sendiri! Tinggal nak print out kertas comel2 tampal kat depan boxes ni. Yeay! Chaiyok!

SELIT SIKIT CERITA BAKAL PENGANTIN LELAKI.
Popeye cakap dia dah tanya kat Idzmi (BFF Popeye). Mak beliau ada kedai jual barang2 kahwin ni. Popeye kata compare dengan harga kedai kat Wangsa Maju, harga kat kedai Mak dia lagi murah. Mak dia cakap beli barang kat kedai dia, dia boleh tolong gubahkan hantaran sekali. (Okay aku perlu compare harga dengan Nilai3 jugak sebab kalau beli bunga2 kat ZC Nilai tu acik tu kata dia boleh gubah free jugak)
BERITA BURUK!
Popeye kata dia dah tanya harga kotak kaca tu sangat mahal beratus2. Nak nangis! Nak nangis! (T_T)

20 December 2011

My Wedding Ring & My DREAM Wedding Dress.

My Wedding Ring.
Seharian dari Habib KLCC sampailah ke Ampang Point akhirnya berjuma jugak WEDDING RING SAYA. Homaigod! Ni betul2 nak kahwin ni. *Haruslah! Habis selama ni kau buat ape?!*
Ni adalah ring ke 3 Popeye bagi pada aku. Popeye yang pilih sendiri. Mula2 confuse, banyak sangat ring, tak tau nak pilih yang mana. Ada yang aku sangat suka, tapi Salesman tu cakap, "Ni ring design untuk lelaki" *Menangis!* Tapi serius ring yang aku suka tu memang cool gile. Tapi bila fikir2 balik, Wedding Ring mesti la yang special sikitkan. Ring tu macam ring pakai hari2 je. So, pilih punya pilih, akhirnya aku setuju untuk ambik ring ni. Sebab Popeye suka, dan Popeye yang bayar. Tapi sebenarnya aku memang percaya taste Popeye pun. Apa2 yang dia pilih mesti aku suka dan mesti menepati citarasa. Ye la kan sebab dah banyak sangat ring kat kedai tu, memang aku tak mampu nak buat keputusan c(:

Ring ni nampak sweet je kat jari aku. *Fly~Fly~Fly* Tak simple sangat, tak over sangat. SUKA SANGAT! Gambar betul2 tunggu review lepas majlislah yea. Barulah surprise! Happy sangat dah jumpa Wedding Ring. Popeye pun kata dia lega sebab 1 barang dah settle. (^_^)
Mungkinkah lepas pakai ring ni nanti aku akan jadi lebih perempuan? Sama2 kita tunggu!

My Wedding Dress.
Macam kenal ke wedding dress ni? Memanglah. Ana Dahlia pakai masa engagement dia by Syara Kim. Tapi dress aku tak lah sebijik macam ni tapi konsep dia 3D macam dress ni. Rasa happy gila bila Ayah aku setuju nak belikan dress ni untuk reception nanti. Cantik, okeh! Memang dress idaman! Tak tau macam mana nak cakap perasaan ni. Bila kita betul2 nak dress tu kan, lepas tu dapat pulak. Rasa macam nak terbang ke bulan pun ada. Dah la tu, Popeye pun cakap cantik. Memang lagilah rasa wink wink wink, kan? Mak mula2 tak setuju, tapi masa final appointment dengan Syara Kim, barulah dia mengakui yang dress tu cantik. Walaupun Mak lambat suka tapi still happylah aku ini dengan tersangatnya!

Masa tengah discuss pasal warna, finishing, ape tah lagi istilah aku pun tak tau, Popeye sangat membantu, okay. Dia yang bagi idea nak buat veil lain dari yang lain. *Comelkan!!!* Pihak Syara Kim tu kata, belum pernah orang buat veil cutting macam tu. Aku sebenarnya nak buat veil panjang meleret2 ke tanah. *Aku kan suka hover tak hengat* Tapi Popeye cakap nanti serabut. Memang happy sangat hal dress ni dah settle. Tinggal nak gi fitting je lagi.

Seriously, settlekan 2 benda ni amik masa sehari suntuk. Aku PENAT PENAT PENAT GILER. TETAPI, HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY GILER. Memang serius excited!!!

17 December 2011

Cerita Kenduri Kahwin.

Musim cuti sekolah sinonim dengan majlis perkahwinan. Cerita pasal kenduri kahwin, ada dua cerita menarik yang aku nak kongsi dengan kawan2.

Selalunya majlis kahwin diadakan selepas 7 atau 8 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Seiring dengan masa yang berlalu, macam2 perubahanlah kita dapat tengok. Ada yang dulu badan macam jari kelingking, sekarang dah macam ibu jari. Ada yang dulu rambut pendek, sekarang dah boleh pakai sanggul. Macam-macam.

Tadi aku ke majlis kawan sekelas, Iqmal dan isterinya Dyedo. Biasalah lepas makan2, bersanding bagai tu, ada sesi lawatan dari meja ke meja. Salam2 dengan tetamu yang hadir. Aku dan kawan aku, Huda duduk kat 1 meja ni. Sebelah meja kitorang meja bekas kawan sekolah rendah Huda+Iqmal (aku tak sama sekolah rendah dengan diorang), Rozaini. Sedang pengantin bersalam-salaman tu. Tetiba isteri Iqmal pergi salam cium tangan Si Rozaini tu. Huda terkejut! Dan kemudian kitorang pun ketawa berguling2. Apekah! Mungkinkah sebab Rozaini yang duduk di sebelah ibunya itu disangka Makcik? Menangis uols!

Cerita lain. Sebab boring, sambil makan aku dan Huda pun berbual2.

Huda: Olive, kau ade dengar cerita tak Syafiq dah meninggal.
Olive: Hah??? Mane kau tahu nih???
Huda: Eh, bukan ke? Ko tak ada dengar ke? Ala dulu kan dia dah berhenti belajar tu. Syafiq yang tu lah.
Olive: Eh, ko jangan main2 Huda. Aku tak tau pun.
Huda: Eh, yeke? Entah aku pun tak pasti.
[Kemudian kitorang pun sambung makan. Adik Iqmal yang cun pun lalu depan meja satu pasangan ni.]
Huda: Olive, lelaki tu mesti puji2 adik Iqmal kan sebab dia cantik. Lepas tu dia cakap kat isteri dia. Isteri dia pun macam setuju.
Olive: Ha ah. Aku pun nampak tadi diorang macam mengumpat adik Iqmal.
[Sambil kitorang dua tengok2 kat couple tu]
Olive dalam hati: Asal macam kenal je mamat rambut panjang nih.
Olive: Weh, Huda! Yang couple kutuk2 adik Iqmal tu Syafiqlah! Bukan tadi kau cakap dia dah meninggal? Dia tak meninggal lagilah!
Huda: Ha ah lah! Syafiq! Dia hidup lagilah.
Huda+Olive: GELAK GULING2.

Adoi. Rupanya classmate yang nama Syafiq tu tak mati lagi. Mane tah Huda dapat cerita tu. Dah kahwin dah pun. Yang duduk sebelah dia tu, isteri dia. Haih. Lama tak jumpa macam2 cerita keluar. Lucu sungguh!

13 December 2011

Update Secara Pukal

Idea Hantaran, Doorgift Dan Bunga Telur(DONE!).

HANTARAN KOTAK KACA
Okay excited nak update sebab dalam kepala ni asyik terbayang hantaran kotak kaca yang macam contoh-contoh di atas ni. Ramai b2b yang nak buat hantaran macam ni jugak. Tak kesah ke sama dengan orang lain??? I did as I like it so I don't mind. Tapi aku dah tanya kat Abang Din harga kotak kaca ni 3'x3', tinggi 18" harga RM250. (T_T). Mahal sangat tu. Mungkin boleh nego kalau tempah banyak. Aku baca di blog ex-schoolmate b2b jugak, harga kotak ni lebih kurang RM200.

Disebabkan Popeye busy bekerja, ditambah lagi dengan oustation pergi Langkawi, aku pendamkan saja hasrat nak bincang dengan Popeye hal2 kahwin ni. Malas nak ganggu dia sangat. Tapi malam tadi, masa on the phone dengan Popeye, aku selit2 cerita pasal barang2 hantaran maka terkeluarlah alkisah kotak kaca ni. Popeye cakap kat pejabat dia ada Abang tu ambik kontrak buat kotak2 macam ni. Jadi, dia nak aku bagi contoh kotak yang aku nak, nanti dia cuba nego dengan Abang tu berapa boleh dapat. Happy gila, okay! Kalau dapat 1 kotak rm150 pon okaylah kan. Tapi lagi murah lagi bagus! *Berdoa Popeye akan dapat harga terbaik*

DOORGIFT
Okay doorgift pulak. Aku nak buat kotak macam ni. DIY, okay. Tapi masalahnya sekarang aku dah jalan2 cari kertas, tapi tak jumpa. Aku tengok kat internet ramai b2b kata kat Jalan Brunei ada banyak kedai kertas2 dan printing untuk kad jemputan. Maybe aku boleh mintak tolong Popeye surveykan then kalau ada, baru aku pergi beli kat sana. (Alahai Cik Abang tu ada masa ke...) Berdoa je dia ada masa. Kalau tak nanti aku je lah pergi redah Jalan Pudu dengan Jalan Brunei tu dengan bodyguard2 handalan aku. Hehehe :)

Dalam kotak tu nanti aku nak letak kuih muih & kerepek yang aku suka. Common sangat ek? Tak kesah common sebab aku jenis yang suka makan dan aku sangat gembira kalau pergi wedding dan balik dapat kerepek2 yang best. Makanya aku nak orang yang datang wedding aku nanti balik dengan perasaan begitu juga (harap2nya lah). Mungkin jugak aku nak tempah chocolate muffin, mintak auntie aku tolong buatkan sebagai tambahan tapi kena tengok bajet dulu.

Kat sebelah luar kotak tu aku akan print out sendiri nama, gambar comel, wishes best dan tampal kat luar kotak. Settle.

BUNGA TELUR
ALHAMDULILLAH. DAH SIAP! Yeay! 100pc Bunga telur. Nampak tak telur palsu kat tepi tu? Telur tu akan diletakkan dalam bunga ni dan nanti end up akan nampak macam bunga telur tulip. Sebenarnya aku tambah2 reben dan red dust je. Bunga tu ready made RM0.70/pc beli kat ZC Nilai 3 tapi simple sangat. Jadi, aku tambah2 sikit supaya jadi meriah. Nak letak apa dalam telur palsu tu? Datanglah wedding aku kalau nak tahu, yea :)

Sekian entri super panjang yang gembira. (^_^)

People says.

People say life is unfair
But my life is fair enough just to have you in it

People say life is beautiful
I agree with them only after I found you

People say life is sweet
It is because I know you will always be my cotton candy

People say life is fun
Only if I have you around

People say life is short
I want to spent my life time loving you

People say life is a story
Our life is the story of you, me and us

People say life is like mountain railroad
I'm not afraid because we ride in the same train

People say life is everything
Yes, YOU ARE MY LIFE

p/s:
You have been busy, VERY BUSY lately and I have been missing you since forever. :'(
The good thing is I know you miss me too c(:

11 December 2011

Meet My Future Family.

Today, my family and I went to Popeye's home town to attend his cousin's wedding. Of course Popeye can't join us because as a dutiful officer, he has to perform his job. I miss him but it's okay I'm getting use to it.

His family is so generous. I LOVE THEM at the first glance. They treated us so good with a lot of food and fruits and before we went back, they gave us goodies which had a lot of yummy food inside. His uncle was funny, he can speak English (this surprises me) and tells a good joke that make everyone laugh. Popeye dad is such a dear man and his mom is adorable woman. The whole family is just so sweet and my mom loves them too :)

They were discussing about our marriage, how the ceremony is going to be, touch a little bit about reception and about other things, they left it to Popeye and me to decide whatever we wants. Aren't they just very good indeed? Definitely. Popeye's Dad and his uncle is going to arrange and do some booking for the hotel rooms and hall for the reception ceremony on Popeye's side. *wink*

When I arrived there, I was so nervous, my heart beat is rapidly increased I thought that my heart is going to pop out or at least explode! Seriously I even shiver. Damn it. If Popeye knew this, he will surely make fun of it! *so just let it be our secret, huh?*

Before we went back, Popeye's Mom gave me souvenir from Sabah. (like she always did). So sweet of her, right? I know. They gave me things for Popeye too just incase they unable to meet Popeye regarding of his busy schedule. *pity him*

I just pray that everything will go smoothly as everyone hope because I will definitely won't let them down.

What a good day. Goodnight.

08 December 2011

Bercuti Di Rumah...

BAJU...
Orang basuhkan.
Orang Ironkan.
RUMAH+TOILET+BILIK...
Orang bersihkan.
Orang vacum.
Orang mop.
TINGKAP...
Orang lap.
AIR...
Orang buatkan.
NAK MAKAN BUAH...
Orang kupaskan.
Orang potongkan.
MAKAN...
Orang sendukkan.
Orang suapkan.
MANDI...
Orang mandikan.
TAKUT TENGOK TV SORANG2...
Orang temankan.
MALAS NAK JALAN AMBIK BARANG...
Orang tolong ambikkan.

Heaven?
HELL YEAH!

TAPI, MAK KATA...

"Kalau Bibik korang mati kau dengan Hadi pun ikut la sekali masuk dalam kubur tu."

Mak kau hade?

LMAO!