29 November 2011

Pelamin & Meja Makan


27 November 2011

Warna Tema Perkahwinan Saya.

*Okay bila dah mula update pasal perkahwinan itu maknanya kami sudah berbaik2. He say sorry though and seems to mean it. Aku pun dah chill. Kan bagus macam tu.*

Setelah berbincang bok bek bok bek dengan Mak dan Angah (my cousin), aku telah memutuskan untuk membuat tema MERAH & GOLD untuk perkahwinan ini. Bagaimanakah idea ini tercetus? Sila baca ceritera aku.

Mula2 aku nak buat tema Merah Putih.
Nice kan? Merah Putih aku definisikan sebagai lambang kehangatan cinta yang suci. *Pewwit!*

TETAPI...TETAPI...TETAPI...

1. Abang pakai uniform maka secara tidak lansung untuk nampak sepadan, Wedding Dress aku perlu berwarna putih. Barulah match,kan? Makanya Angah kata nanti akan nampak sedikit tenggelam jika aku menggunakan warna tema ini.

2. Mak dari awal tak setuju. Mak cakap macam warna UMNO (-.-)

3. Bila aku google merah putih, keluar INDONESIA. Lepas tu aku terfikir... Dan JEPUN juge ye... *paling sadis*

MAKA DENGAN ITU...

Aku telah bertekad untuk memberanikan diri buat tema MERAH-GOLD.
Lagi pun Mak aku memang fan warna coklat dan gold *Sebagai langkah tambahan membodek Mak!*


Nice? I think so. Secara tak lansung match dengan cadar paisley kesukaan aku.

p/s: Masa BBM Abang 2 hari lepas, dia bagi tahu Mak dia pesan, suruh aku beli barang2 hantaran sendiri sebab dia tak tau nanti taste aku. Wah! I LOVE YOU LAH FUTURE MOTHER IN LAW! Memang memahami. *Wink!*

26 November 2011

Berpatah-patah Kata.

When everything seems to be wrong, why you choose me to put the blame on?

Sedihla.
Abang moody. Tak tau apa yang dia pressure sangat.
Sampai aku tulis blog pun dia kata tak payahlah nak tulis2.
Tapi logiknya kenapa?
Aku memang suka menulis...
Tak ada orang baca pun aku tak kisah.
Jangan la marah aku.
Ni small matter je, kan?
Sedihlah macam ni.
Rasa nak nangis.
Even Abang dah say sorry, tapi tetap nak sedih jugak.
Nape kalau dia tertekan dengan life dia, aku pulak yang kena tempias???

TIBA2 TENGAH EMO, TERINGAT...

"Aku rasa, orang nak kahwin, darah manis, memang banyak dugaan. Lagi hebat dari masa bercinta dulu. Kitorang asyik gaduh je."

Kawan2 aku penah cakap macam ni.
Dulu diorang pun konflik jugak.
Ya Allah andai ini satu dugaan, berikan aku kekuatan.

24 November 2011

Aku Stalker.

Aku ada cerita pasal baju akad nikah aku dalam entri lepas2 kan. Sekali balik je rumah, aku on laptop, terus ternampak gambar ni. Tapi lupa pulak nak save ke apa sebab tak terfikir pulak nak tulis di blog. Beberapa hari kemudian, baru teringat pasal baju yang ohsem ni. (Puji diri sendiri ke???) Masalahnya, punyalah aku lupa kat profile siapa. Makanya semalaman aku jadi stalker cari kat page semua orang tapi tak jumpa2 jugak. Sampailah baru kejap tadi aku usha FB Impression Pictures ni sebab hari tu kawan aku Anis recommend Abang Hasnoor Zakaria tu untuk jadi Photographer majlis aku nanti. Aku sukalah nak melawat page orang2 yang berkemungkinan besar bakal bekerja dengan aku kan. Tup2, jumpa gambar ni! *Teruja kejap sebab aku dah give up nak cari lagi sebenarnya.*

Aku tak survey banyak pun photographer ni dan dah alang2 Anis cakap dia ni member Anis, kalau Mak setuju, aku nak confirm dengan dia je. Abis cerita tak payah pening kepala. Serius baju Shaznida ni lebih kurang sama je kan dengan baju nikah aku. Cuma baju dia lagi meriah. Cantik jugak kan dah jadi baju. Tak sabarnya nak hantar kain ni kat tailor (^_^)

p/s: Aku duk bok bek bok bek prepare macam2, tapi sebenarnya aku tak pergi kursus kahwin lagi. *Pinsan*
Ada sesiapa nak teman?

I Miss You.

Sampai rasa nak nangis.
Sobs.
~Rindunye~

We have been talking for hours and still, I can't stop from missing you. This is bad. Really bad.
(T_T)

23 November 2011

My DREAM Bedding Set & Baju Nikah

Entri 15 November 2011

Setelah seharian mengukur Jalan TAR dengan Mak & Kawannya, naik Gulatis, Euromoda, Harrison, dan segala macam kedai yang menjual busana pengantin, pencarian berakhir dengan penemuan kain dan lace sekali gus. *Sebenarnya aku dah pening+penat yang amat sangat*
Mula2 plan nak buat kain chiffon lembut tu kemudian tambah beads, tapi bila fikir aku tak sanggup nak berpanas pakai berlapis2+semangat nak sangat sama sedondon dengan baju melayu abang, on the spot tukar fikiran beli lace untuk tampal2 je. Kesimpulannya, kain untuk baju nikah aku, sama dengan kain baju melayu Abang. *tepuk2 puas hati*

Memang dari awal aku plan nak nikah pakai baju Soft Pink. Putih memang suci tapi nanti Sword Bearer pun pakai putih semua pun putih bosanlah. Aku sebenarnya nak buat Pink yang menyerlah sikit tapi dah kena warning awal2 dengan Abang yang dia tak sanggup pakai pinky2. Ni pun dia setuju dalam paksa. *Muahahaha(Gelak Jahat)*

Tapi memang rambang mata sebab kat Jakel tu banyak gilerh pilihan. Budak yang follow aku tu pun pening tengok aku kot. Berjam2 jugaklah duk padan2kan lace ni.
Ni antara pilihan yang aku padankan dengan soft pink itu.

Yang sebelah kiri ni pilihan Mak aku dan kawannya. Tapi aku tak setuju sebab dull sangat. Tapi taklah cakap terus terang kang banker kecik ati matilah gue!

FINALLY! Ni la kain yang aku pilih untuk buat baju akad nikah. Mungkin aku nak buat kurung moden je kot. Dan buat leher macam cekak musang tu. Mulanya aku nak buat baju kurung biasa je sebab kalau baju kurung moden, aku tak berkenan nak pakai kain duyung, kain dugung bagai tu. Tapi kakak (anak tokey Jakel yang cun) bagi advice kat kat aku kalau buat baju kurung biasa tak lawa nak letak lace kat bahagian bawah. Dia suruh aku buat kain kembang2 sikit, depan 1 panel dan belakang 3 panel. (Sambil tunjuk contoh kain yang dia pakai). Aku pun angguk2 kononnya paham.

Ha ni lah kain lacenya. Mak dan kawan Mak pun sepakat mengatakan combination ni lawa. Okay dah pilih, tup2 tanya harga, mahal uols harga lace ni RM700 per meter. Tapi mujurlah ada diskaun sebab Jakel buat Wedding Sale. *Lap peluh lega*

SELESAI cerita baju akad nikah, nak beli baju resepsi, tapi duit pun dah kering. Turun tingkat bawah, ada pulak display cadar Paisley Merah+Coklat. *Terus jatuh cinta pandang pertama!*
Mak aku memang tau sangat aku die-hard-fan paisley semua baju kurung aku nak paisley. Tapi bila tanya harga, mak oi! Mahalnya. RM1600+ tapi dapat half price sebab sekarang Jakel tengah sale. Gila betu. Half price kau makan jugak RM800 sedangkan aku bajet bedding set aku RM300 je paling mahal. (T_T)

TETAPI! Tetiba je Mak aku macam sangat setuju dan berkenan jugak dengan bedding set tu. Tambah lagi Kakak Jakel tu duk promote2 cakap yang ni eksklusif, ada 1 je, ada diskaun sekarang ni, kain special bok bek bok bek. Maka Mak aku pun kata, "Okay. Bungkus?"

Aku? Terbeliak bijik mata sambil tanya banyak2 kali secara berbisik (malu kalau orang kedai tu dengar).
"Betul ke ni Mak?"
"Tak mahal ke Mak?"
"Takkan cadar sampai beratus2 camni tak logiklah."
"Mak betul nak amik cadar ni ke? Tak nak survey lagi ke?"
Mak aku angguk je dan pegi kaunter bayar. Masa tu aku rasa macam dah tak jejak kaki kat bumi dah. *Terbang!*
Ada jap lagi tidur atas lantai sebab sayang cadar mahal punya pasal. LOL.
*Gambar cadar tak mau upload sebab nak surprise. Aku cuba cari contoh online tapi tak ada*

Anya Hindmarch VS LV

Entri 9 November 2011

VS

Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal brand ni, yang penting kualiti. (Okay aku tipu). Aku memang die hard fan Anya Hindmarch since aku jatuh chenta pandang pertama dengan plait leather bag Anya, since tu aku aim Anya Hindmarch je untuk hantaran wedding.

Hari tu aku dah pergi survey dengan Encik Bakal Suami harga2 hantaran dan harga Anya Hindmarch Malaysia RM2500++. *pitam*

Encik Bakal Suami cakap, mintak tolong kalau ada kawan2 yang study oversea suruh belikan, sebab kat sana mesti lagi murah. (Memang pun aku beli tote bag pun baru RM250 kat Bicester Village).

So aku pun contact long lost friend stewardess yang jugak senior aku masa sekolah dulu. And she doesn't know Anya Hindmarch (T_T). Dah dia cakap beg kalau nak kualiti bagus belilah LV. I was like... LV? (T_T) (T_T) (T_T). Then dia cakap, if you want she can buy it for me @Paris. Sebab kat Paris RM2500 boleh dapat dah.

I was like... WEH, BETUL KE KO NI NAK BELI LV UNTUK HANTARAN NI WEH!!! (@_@) Dilema gilerh okay.

Then I ask Encik Bakal Suami...

Abang: Okay. Baby nak tahan lama ke nak brand?
Aku: Tahan lama la...(Okay tipu nak dua2)
Abang: Okay kalau nak dua2, tak payah pening2, Baby saving beli LV. Abang tak de nak support beli mahal2 ni pakai duit sendiri.
Aku: Kalau nak tahan lama?
Abang: Aa... Kalau nak tahan, beli la cthnye...
Abang: Eh, tak da contoh lupa pulak kita tengah cakap pasal hembeg. Abang tak tau.
Aku: LOL!!!

Argh! Dilema nih! Nak beli ke tak nih!

Pak or Mak Andam.

Entry 6th November 2011

I'm going to use a Pak Andam, introduced by my Mom. Her friend's son. Looking at his collection, what I can say... Creative and impressive. Its time to spin his head and make him whining and exhausted to fulfill my needs. I am fussy. REMEMBER THAT.

This is his facebook link:

My DREAM Bedroom Set!

Entry 27th October 2011

To all bride to be, I suggest you guys who like classic English design went to Da Vinci showroom, (beside Sogo at Jalan Tunku Abdul Rahman.) Seriously, its like heaven there. Their luxury collections are very synonymous with the brand name. I bought Thomasville Poster Bed for RM** *** and I think it is worth it the style. There are a lot of other luxury bedroom set, price range around RM8000 - RM15000. I bought this one because I have been planned to get Poster Bed for my bedroom since forever. So, here they are! This bed is unexplainable! I fall in love with this bed at the first sight. I like country design which I think suit my wedding theme.


A little bit about this bed, it is like the acient wall that winds ribbon-like around the 16th century city of Lucca, three-dimensional detailing traces the graceful perimeters of the Lucca Poster Bed, framing intricate burl veneer panels. Shapely turned posts suggest the old city's protective turrets.

I bought this bed Queen size with Dark Rustico finishes.


Nice, huh? I think so! (^_^)

Pencarian Set Bilik Tidur.

Entri 24 Oktober 2011

2, 3 hari ni aku duk berjalan2, kadang2 dengan Abang, kadang2 dengan Mak. Bedroom Set Hunting! *Excited!*. Dari harga 1000 sampailah ke 10 000. Mahal gilerh, okay! Masa aku jalan2 kat Jalan TAR dengan Abang survey warna kain, hantaran dan barang2 kahwin, kami TERmasuk kedai furniture Da Vinci kat Jalan TAR tu. Salesman tu nama Shidi, bagus gila, layan je kita orang *walaupun aku pakai macam sakai selebet*. Baguslah kan dia tak underestimate customer. Perabot kat situ mahal tapi eksklusif, memang puas hati la. Semua perabut dibuat oleh imported designer dari Itali, German, Amerika, Europe. Semua yang design perabot2 tu semua orang popular dalam dunia rekaan perabot. *Kata Abang Shidi tu aku bukan kenal pon*. Antara designer yang aku penah dengar nama ialah writer favourite aku-Earnes Hemingway. Hamik kau! Aku ingat dia pandai tulis cerita je. Sekali design bedroom set uols! *Sentap Mak Nak Kejap*

Tapi seriously kalau aku bawak Mak ke Da Vinci tu mak akan jadi pitam, rambut Ayah berguguran tengok duit yang bakal keluar. Sebab? Serious mahal, tapi serious worth it. Tadi aku dan Mak survey Lorenzo since mak berkenan sangat kat katil Lorenzo tu, tapi memang tiada tolok bandingnya dengan apa yang aku tengok dengan Abang kat Da Vinci tu. Double poster bed dia memang tiptop. Leleh aku tengok! Yang pentingnya, Abang pun suka. Tapi bila tengok price RM10 000++, dia sengih je. *comel okay bakal laki aku ni!*

Penat gilerh okeh survey hantaran+wedding ring. Tapi aku kan tak cerewet (ke???) so aku nak yang simple2 je. Tapi pricenya boleh tahan jugak. Senget jugaklah kan bahu Abang nak melayan aku punya taste. *simpati terhadap bakal suamiku berganda (drama je tuh)*

Setakat nih banyak jugak dah bincang. Pemilihan warna semua dah settle. Tinggal nak cari barang, beli hantaran dan baju2 je lagi. Start next year dah memang nak kena beli semua benda dah tu. *Abang yang cakap bukan aku*

Sorry tak dapat post gambar sebab kedai furniture tu tak bagi snap picture siap ada CCTV lagi. Adoi.

Mood: Penat tapi teruja.

Hantaran-Listed.

Entry 2nd August 2011

I want...
  1. Handbag
  2. Shoes
  3. Telekung
  4. Baju
  5. Perfume set+Make Up
  6. Toiletries
  7. Mas Kahwin+Cincin
For him...
  1. Shoes
  2. Wallet+Belt
  3. Perfume set
  4. Baju Batik
  5. Reel: Mesin Pancing
  6. DSLR
  7. Kek: Cheese
  8. Towel+Sejadah
  9. Baju Casual+Seluar

Room Renovtion

Entri 15th July 2011
Before

Since there's another 12 months to go before my wedding day, I have done nothing. LOL. My mum and dad help me to renovate my room. This month I was so busy with my commission but still I spend time to select tiles and few accessories for Bilik Pengantin. Here is the picture of the unfinished room.

Its kind of hard to discuss with my future hubby because he is so busy with his new job as CN's Flag so most of the decision was made by myself (-.-)

Assalamualaikum.

MULAI HARI INI ADALAH DENGAN RASMINYA BLOG PERKAHWINAN AKU BERPINDAH KE SINI.

Blog ni akan menjadi reminder untuk aku yang pelupa ni pasal apa2 persiapan untuk My Dream Wedding nanti. Sebenarnya lambat lagi Tarikh Keramat tu tapi aku saja je buat early preparation, 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' kan. Kat sini aku nak tulis wishes aku untuk wedding day aku nanti. Tak taulah semuanya termakbul ke tidak, kan. Wallahualam. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Cuma aku berdoa semua wishes aku, both parents dan si dia akan dapat direalisasikan dengan keizinanNya. Ameen.

Sekian dulu untuk entri salam perkenalan. Will be updating!!!

22 November 2011

Navy's Bride.

Tadi aku google2 blog, dengan harapan terjumpa bloggers yang berkahwin dengan Navy. Bukan apa, nak tengok macam mana diorang punya persiapan, macam mana wedding, boleh jugak aku belajar sikit2, kan. Lepas tu, aku masuk blog siapa entah, blog budak perempuan yang berharap suatu hari nanti akan dapat berkahwin dengan tentera/orang yang beruniform.

Aku bukan nak matikan angan2 indah korang tu, tapi, aku cuma tak berapa setuju kalau korang nak kahwin dengan tentera ni semata nak wedding yang grand, lalu bawah pedang segala, baiklah korang padamkan saja impian murni korang tu.

Sepanjang 4 tahun++ aku bercinta dengan Popeye sampailah dah bertunang sekarang ni, macam2 yang kami tempuhi. Aku tak nafikan yang indah itu banyak juga, tapi yang pahit jangan dilupa. Memang Popeye sangat memahami, ambil berat, semua ciri-ciri lelaki idaman aku, ada pada Popeye. Tapi adat Navy mesti kena sail pergi jauh2, sebulan, dua tiga minggu tak dapat dihubungi, tak ada khabar berita. Korang ingat semua tu best?

Dari tahun pertama, sampailah dah nak kawin ni, tak tahu berapa banyak air mata aku dah tumpah dalam hubungan ni. Sedih, okay bila kena tinggal lama2, lansung tak dapat nak SMS, apa lagi telefon. Kadang2 rasa rindu sangat, tapi tak tahu nak diluah pada siapa.

Dari pengalaman aku sendiri dan kawan2 seperjuangan yang sudah bergelar isteri kepada Navy, kalau korang betul2 nak jadi GF, Tunang, Wife Navy ni, kena independent. Semua wedding preparation aku sekarang ni, aku yang buat, aku yang decide, aku yang pilih. Walaupun sekarang Popeye dah kerja di base KL, tapi sama je. Aku tak nak bebankan Popeye dengan benda2 remeh sebab aku tahu dia sendiri pun dah terbeban dengan kerja2 yang tak pernah sudah. Jadi, aku sendiri pilih, short listkan benda yang aku suka, dan baru email/hantar gambar kepada Popeye untuk dia buat final decision. Aku memang sentiasa akan rujuk Popeye jugak sebab aku percaya taste Popeye yang sangat best :)

Popeye jarang sekali dapat cuti sebab sekarang dia dah jadi ADC PTL. Maka kerja 7hari seminggu, kena hadir function setiap malam, kenduri kat rumah aku pun Popeye tak dapat datang. Rasa sedih jugak bila semua orang tanya, mana BAKAL? TUNANG tak datang? Aku senyum je. Jawapan standard "Dia tak dapat datang. Kerja..." Sedih okay bila semua kerja aku yang buat padahal aku tau kalau Popeye ada disisi mesti dia akan tolong aku. Tapi aku layan je semua benda. Sebab aku tau aku sayang Popeye sangat dan aku tak mungkin akan berpaling dari Popeye lagi. F. O. R. E. V. E. R.

Korang yang nak sangat kat tentera2 ni, jangan fikir gaya je. Fikir masak2 macam mana nak hadapi hari2 mendatang tanpa orang tersayang disisi. Sebab sekali korang dah involve, susah nak patah balik melainkan korang cuma nak main2 dalam hubungan korang.

Itu je untuk entri berjela ni.
Taa~

19 November 2011

Full Stop.

I have never known anyone who actually believe that I was enough until I met you.

15 November 2011

Dear Husband To Be.

Thank you for letting me chooses whatever I want and just agree with whatever I said and just let me be bossy and decide it all. You make it easy and you know I hate being complicated and I'm so happy this way. I love you, love (^_^)

12 November 2011

Old Story.

Aku suka baca cerita lama2, post dulu2. Rupa-rupanya December 2010 aku ada buat entri Wishlist Of 2011. Tengok2, mostly semua dalam list dah dapat. Ada yang tak berapa penting je tak beli. OMG. I am so grateful. Thank you merciful God. I kind of boring writing and managing 2 blogs and I'm thinking about moving my wedding blog here. kat sini akan jadi nasi campur2 semua cerita. Nah! Hamik kau aku tak peduli nak campur jugak sebab malas nak manage 2 blog. Tunggu masa je nak pindahkan semua widget kat blog itu. Hiks!.

09 November 2011

Tickets.

Popeye told me his parents bought the tickets to be back home for our wedding day already. They will spend 20 days here, for the early preparation, solemnisation, and until their wedding reception. I was like CUAK GILE NERVOUS SIOT! TAKUTNYE HAKU!!!
*peluh jantan dan betina berlumba lumbaan keluar nih!!!*

07 November 2011

Apa Perasaan Aku Nak Kahwin?

Takut gile la semek oi!
Takut bila fikir jadi ke semua yang di rancang ni?
Takut bila fikir lawa ke baju aku nanti?
Takut bila fikir sesuai ke theme yang aku pilih dengan aku?
Takut bila fikir lancar tak perjalanan majlis nanti?
Takut bila fikir makanan semua cukup tak?
Takut bila fikir semua guest dapat souvenir tak?
Takut bila fikir sempat ke nak buat preparation nih?
Takut bila fikir aku dah ready ke nak jadi bini orang?
Takut bila fikir nak kena jaga makan minum anak lelaki orang?
Takut bila fikir AKU NAK KAHWIN!
Takutnye....

TAPI!

Kan kahwin tu WAJIB.
Kalau nak fikir takut, semua orang dalam dunia ni takkan kahwin.
Thanks Mr. Future Hubster sebab selalu bagi support.
I need you now...

02 November 2011

Made Up My Mind.


Finally. Sometimes you might lose someone to have someone, and I couldn't bear to lose you. Thank you for making me loving you this much.