Dah lama sebenarnya aku nak makan durian. Lame gile, oh! Tapi aku tak nak durian bandar tu. Tak best. Nak durian kampung yang pure dan enak gile tu. *oh, ku sangat demand!*
Kebetulan Popeye nak datang KL, aku pun menggedik2 kat dia suruh bawak durian dari Perak sane. Senanye aku tak lah serious sangat pun, tapi Popeye take it seriously. Masa aku cakap tu dah pukul 10 kot.
Dan2 dia start kereta, keluar, pegi cari durian. Mula2 dia cari kat area Lumut, tapi tak de. Sebab hari Jumaat ada pasar malam, so semua kedai2 durian tepi jalan pegi berniaga kat pasar malam. Lepas tu ke Manjung pule. Tak ade jugak. Last2, Popeye dapat durian kat Sitiawan. Aku dah kata, susah2 tak payah la. Bukan tak ada durian kat UPM ni, tapi aku nak yang pure kampung je. Kat UPM ni tak musim durian pun ada durian. Celah mane tah. Durian jadian gamaknya.
Aku masih terharu lagi nih dengan Popeye. Huhu. Dia cakap tak pe la, dah lame aku cakap nak makan. Mula2 aku saja nak tengok, dia sayang kereta dia ke, sayang aku. Hoho! Ye la, kan bawak durian bau satu kereta kot! Tu yang terharu gile bila dia tak fikir pasal kereta lansung, terus hang phone, keluar cari. Dah la dia baru je balik dari keluar. Ni belum mengidam mase mengandung lagi nih. Agaknya, kalau time tu macam mane la. Hope Popeye tak sweet masa bercinta aje :)
Aku masih terharu, okay! Thank you so much Abang... Cepat sampai KL Baby nak mamam durian!!! Nyam3!!!