23 January 2010

Aku suka lagu ni...

Biar pun lagu ni dah lama glamour, aku baru nak paste kat sini...

Matahariku by Agnes Monica

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau


Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu


Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku ohh...


Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

18 January 2010

Childhood Memory 1

Sekarang ni musim buah. Macam2 buah ada. Durian, langsat, rambutan, dan tak ketinggalan manggis. Bercakap pasal manggis, tadi aku baru je makan beberapa buah. Sedang aku menikmati manggis, teringat pada kenangan zaman muda mudi. Zaman tak akhil baligh, zaman aku menjadi budak kampung.

Dulu, masa zaman aku kat kampung, jarak antara rumah ke rumah sangat jauh. Bukan macam sekarang ni. Kentut pun boleh dengar. Yang best duduk kat kampung, semua jiran keliling saudara mara. Aku yang ketika itu merupakan anak tunggal, sering kali sunyi. Tak de kawan. Maka aku berkawan dengan Pak Cik aku dan MakCik2 aku yang tinggal di rumah berdekatan. Tapi selalunya aku jarang ikut MakCik2 aku ni. Sebab? Diorang tak redah sungai, tak redah paya, tak gi memancing, tak main selut (walaupun sungai tempat aku takde selut, tetap nak mention jugeks!)

Aku lagi suka join Pak Cik aku dan kawan2nya. Disebabkan aku satu2nya anak saudara beliau ketika itu (yang lain duduk kat KL dsb), maka dia pun layankan aje la aku. Bawak aku pegi ke mana saja. Ajar aku main basikal, ajar aku bawak motor, macam2 lagi la.

Berbalik kembali kepada cerita manggis. Masa tu aku rasa aku dalam darjah 2,3 macam tu. Pak Cik aku tu dah darjah 5. Waktu tu musim manggis. Kat depan rumah aku (200m dari rumah) ada 2 pokok manggis yang sedang berbuah dengan sangat banyaknya. Satu hari, lepas balik dari skolah, Pak Cik aku ajak aku pegi panjat pokok manggis tu. Aku yang sememangnya gila dengan manggis, tanpa berlegah lagi terus menyelinap keluar dari rumah. (Curfew rumah aku:keluar rumah pada waktu tengahari adalah dilarang sama sekali)

Sebaik saja tiba di bawah pokok, kami tanpa berlengah lagi memanjat ke atas. Dari 1 dahan ke 1 dahan. Buah tu kami jolok pakai galah (yang hujung dia letak botol minyak masak tu) sebab buah manggis selalu kat hujung2 pokok. Dapat je, makan. Dapat lagi, makan lagi. Sedang aku enak menikmati buah manggis, tiba2 Pak Cik aku bertanya:

Pak Cik: Kau da makan berape banyak???
Olive:Tah. Tak kira pun. Tapi banyak lah. Kenape?
Pak Cik: Kau telan biji dia sekali ke?
Olive: Ha ah. Kenape? Atih (panggilan untuk Pak Cik aku) tak telan ke?
Pak Cik: Semua kau telan?
Olive: Ha a la. Ape Atih sibuk tanye2 orang ni. Makan je lah.
Pak Cik: Abis la kau... Kau tau tak, aku belajar kat sekolah nanti biji manggis yang kau makan tu boleh tumbuh jadi pokok manggis dalam perut kau. Nanti perut kau besar ade pokok. Buncit macam perut Pak Usin(salah seorang penduduk kampung aku) tu.
Olive: Hah? (gaye terkujat gilos). Kenape Atih tak bagi tau tadi???
Pak Cik: Padan muka. Sape suruh kau makan. (Gelak dengan intonasi keji+jahat)
Olive: Abis tu macam mane ni? Kene muntah balik ke? Nanti jap lagi tumbuh mcm mane? (suara cuak gile, muka da nak nangis.)
Pak Cik: Aiyok2. Aku tak tahu. Nanti kejap lagi mesti tumbuh. Abis la. (Sambil buat muke macam aku ada dalam masalah yang maha besar).

Aku pun dengan sangat cemas segera turun dari pokok. Sambil menangis2 berlari balik ke rumah. Sampai di rumah, bila aku mengadu kat Wan (masih menangis lagi), Wan hanya ketawa. Dia cakap Pak Cik aku tu tipu je. Mana boleh tumbuh pokok manggis dalam perut. Kalau macam tu habis la semua orang yang makan manggis perut buncit. Siyut betol Pak Cik aku tu. Sedap2 je dia tipu. Tengahari tu jugak aku kena bebel dengan mak sebab curik2 secure keluar rumah.

Dah belasan tahun berlalu. Tapi aku masih ingat kenangan tu tiap kali aku makan manggis. Sampai sekarang manggis masih lagi menjadi antara buah2an kegemaran aku.

14 January 2010

Keluh Kesah.

Kenapa?
Elaun tak masuk lagi beb. Duit hanya cukup2 untuk perbelanjaan harian. Bosan betul. Nak pergi jalan2 pun tak best sebab duit extra tak de. Tapi setakat nak makan, minyak kereta, memang okay la. Kawan2 aku pun sama. Dah nama pun coursemate. Sorang tak masuk elaun yang lain2 pun mendagu je la. Minggu ni aku kena balik rumah. Request dari mak mintak tolong hantar dia g kenduri. Kawin sape tah~like~I~care...Pegi je sudah walaupun sebenarnya malas gilerh. Leceh la pergi kawin2 ni. Tapi tak pergi nanti aku kawin takde orang nak datang pulak. Haru gile kang. Adeyh.

Time2 macam ni la laptop aku skrin nak tercabut, touch pad kiok, tempat start dah makin masuk ke dalam(susah nak digapai tangan pulak dah), DVD player tak boleh guna dan yang paling haru, tengah2 taip tiba2 keluar api. Hahaha. Serious condition laptop ni worst dan macam sangat desperatekan laptop baru. Adoi. Aku takut tengah buat assignment terOff pulak laptop ni. Memang haru. Tapi tak pe la... Consider la sebab dah 4 tahun pakai. Dah banyak sangat benda yang aku lalui dengan laptop ni. Pahit manis bersama. Kena mandi dengan air, kena mandi dengan sabun, jatuh dari pegangan tak tau dah berapa kali. Sayang woo sebenarnya nak tukar laptop lain. Semua elok lagi cuma tu lah... Yang certain part berapi2 tu aku tak tahu kenapa. Sampai roomate aku pun complaint ada bau hangit. Yea. Menang scary gile duh.

Hari ni penat sangat. Mungkin sebab otot badan aku sakit2. Duduk dalam kelas pun serba tak kena. Tak de mood nak study pulak. Adoi. Nak jalan pun lain macam je rasanya. Mujur kelas hari ni sampai pukul 2 je. Boleh aku tidur sampai petang. Lepas tu baru gerak balik rumah. Huhu!~

06 January 2010

Lelaki Puitis Bila Bercinta?

Gambar sekadar hiasan.

Selalu kita tengok dan baca kat mana2, sajak lelaki. Ada lelaki yg amatur dan tak kurang jugak yang profesional. Shakespeare, contohnya, lelaki yang professional dalam bidang sajak2 atau pun poetry ni. Walau pun sajak2 beliau susah nak faham, tapi bila dah faham memang sangat indah maksudnya. Contoh : Sonnet 18.

Tapi dalam kehidupan sebenar, maksud aku, orang2 yang terdekat dengan aku, jarang ada lelaki puitis. Boyfriend aku? Puitis? OMG. Jauh panggang dari api. Kan once aku ade cerita aku bagi dia sajak, dia ingat lirik lagu aku amik di mana2 pada hal penat aku tulis sendiri. Sob3.

Dan sekarang aku jumpa seorang lelaki ni, senior aku. Sangatla puitis dan tak malu nak tampilkan diri. Berani bagi tau semua orang yang dia seorang yang puitis dan sukakan sajak. Sajak2 yang beliau hasilkan, karyanya lebih menjurus kepada cinta, sayang, dan gadis kesayangannya. Aku impress sebab ada lelaki macam ni.

Aku tak buat kajian apa2, tapi betul ke lelaki ni bila bercinta jadi makin puitis? Bukan lelaki je la. Aku rasa perempuan pun sama. Cuma bezanya underground or expose je. Bagi aku orang yang tulis sajak untuk seseorang, sangat sweet. Sebab? Ilham tu datang dari rasa cinta dan sayang yang terdapat dari dalam diri mereka.

Lelaki bercinta akan jadi puitis, so aku tertanya2, Shakespeare bercinta dengan siape ek?

03 January 2010

Tiada Tajuk.

Hati...
Masih pada kamu
Masih ingat kamu
Masih rindu kamu

Sayang...
Pada kamu seorang
Sayang bukan kepalang
Tidur pun tak senang

Kamu...
Tak tahu ke mana
Sangsi berkelana
Hidup serba tak kena

Tapi...
Hati merajuk rasa
Sayang masih di dada
Kamu dalam tanda tanya???