19 August 2009

HAPPY ANNIVERSARY


My Little Prayer
by Suraya Nordin

God...
Let me be by his side
And let him be by my side
Because as long as the sun is burning
And the earth is spinning
My heart beats for him

Give him your bless
Make him smile day and night
My love for him is countless
Please let everything goes right

I am just the dust
In the middle of summer crowd
But this prayer comes from the heart
Which is believing love is not just a word

Happy Anniversary, Darl...

04 August 2009

Bila Aku Masuk Dapur.

Esok nak balik UPM dah. Jadi aku pun dengan bersemangatnya buat kek malam ni. Syukur Alhamdulillah keadaan dapur masih seperti sedia kala. Tak la macam dilanda taufan seperti andaian Mak. Haha.

Aku sebenarnya memang PEMALAS masuk dapur. Di capitalkan malas tu bagi menggambarkan betapa malasnya aku. Aku suka tido dan online semata-mata. Makan pun kadang-kadang je. Tapi disebabkan Mak yang bersungguh-sungguh betul suruh aku masak kek, sampai siap beli oven, maka aku pun masak la.

Oven Baru Mak

Berjaya jugak Mak pujuk Ayah belikan oven baru. Nape beli oven baru? Sebab microwave sebelum ni telah dijahanamkan oleh aku(2 tahun lepas). Sempena nak raya ni, kununnya Mak nak suruh aku buat kuih raya. Jadi tahun ni tak payah beli kuih raya dah. Semua nak ala-ala home made kekdahnyer. Tingginya harapan Mak.

Oven ni nama dia EUROPA OvenMate Valencia 688E. Aku tak tau pun nama oven ni. Aku baru je search dan jumpa kat SINI. Untuk buat kek, oven ni memang bagus. Memang cantik je masak kek tu nanti. Api dia ada atas+bawah+siap kipas.(poyo pulak nak promote2 padahal baru 3 kali guna).LOL.

Oh ye, ada cerita pasal Popeye jugak disebalik oven ni. Tadi aku bagi tahu dia aku nak buat kek. Aku pun MMS la pada dia gambar oven bersama kek yang sedang di masak.
Popeye reply:
"Sayang, oven ke mesin basuh tu?"
Adoi2. LOL. Tergelak-gelak aku bila baca mesej tu. Tapi sekali pandang memang betol jugak. Ade macam mesin basuh sikit.

Back to the topic, malam ni aku buat Kek Coklat Moist. Patutnya moist la kan, tapi aku pun tak sure la moist ke tidak. Belum rasa lagi. Inilah hasilnya.

Kek dari pandangan atas

Kek yang bercahaya keimanan

Kek Coklat Moist

Kredit utuk Syahir a.k.a Jang a.ka. Pet Cik Pah. Dia la yang bagi aku resepi buat kek ni. Jangan tak caya. Beliau seorang lelaki serba boleh. Sape nak ngorat sila mintak kat aku phone number dia. Single, available and ready to mingle.(blanje la wei aku dah promote ko ni ingat free ke). Kesian dia tiap-tiap sem aku request nak kek coklat bila naik cuti sem break. Hehehe.

Kek ni aku tak letak topping lagi. Esok baru nak makan, jadi aku letak esok je. Ini adalah produk aku yang ke 2 sebab yang pertama tu tak dapat diselamatkan. Rasa okay tapi rupa hancoq disebabkan oleh kesilapan teknikal. Malu nak upload. Nges3.

Inila Syahir@Jang@Pet Cik Pah

Resepi kek ni sape2 nak boleh request. Free of charge.

03 August 2009

Popeye My Baby...

Entri ini didedikasikan khas untuk Popeye

Aku dalam class Educational Technology

Kelas ni bosan gile tau. Serious. Jadi, aku dan kawan-kawan yang tak de kerje ni pun mula la mengambil gambar. Aku pakai-Tshirt tak berjenama yang dibeli di Vietnam, SHAWL ROXY (pinjam dari kawan tak mampu beli), dan tudung macam biasa. Aku tertarik dengan pose poyo ni lantas laju je jari aku send gambar ni melalui MMS kat Popeye. Zaman siber la katakan. Handphone boleh 3G, MMS segala.
Kemudian Popeye reply:
"Sayang, kain pelikat sape sayang pinjam bawak pegi class tu?"
Sadis betol. Ingat nak puji gambar tu cun ke, ape ke. Skali... LOL. LOL. LOL.



Bila Popeye tengok aku pakai Shades/Sunglasses...
"Tak habis-habis pakai mata belalang dia tuh"



Bila Popeye nampak hard case sunglasses aku...
"Berape harga bekas sabun ni?"



Bila aku pakai hand bag...
"Sayang, buat ape bawak beg balik kampung ni? Kan kita nak pegi dating je."
"Ni hand bag ke karung. Meh sini karung tu tumpang letak barang"
"Tak berat ke bawak karung ni ke sana sini?"



Bila bagi tau Popeye aku nak beli Wedges...
"Boleh pakai kat kaki ke?"
Dia ingat KFC je ada Wedges. Huhu. Lelaki. Lelaki.
Bila jumpa+nampak aku pakai wedges...
"Oo... Ni la kasut yang beli hari tu, eh? Kayu rupanya. Nape tak cakap beli kayu je..."
"Abis la kena tebang pokok-pokok di hutan buat kasut sayang"


Bila aku pakai Baby-T...
"Sayang, sayang pinjam baju Hadi, eyh?" (Hadi a.k.a adik aku)


Uhuk. Uhuk.
Popeye jahat. Mari menangis air mata darah. Hahahaha.
Dia memang suka tengok expresi muka aku bila dia cakap macam tu. Meroyan-royan. Lepas dah merajuk-rajuk tu, pandai pulak dia pujuk balik. Terus tak jadi merajuk. Adeyh~
Ada je idea dia. Huhu. Rindu nak dating came Popeye lagi. Hiks.

P/S: Gambar adalah sekadar hiasan kecuali ambar aku. Credit kepada web mane tah aku cilok. Malas nak link. Hehe.

01 August 2009

Berterbangan Di Udara.

Fahmi-Farah-Olive
Menggapai Bintang

Olive-Farah
Kenapa tak pandang kamera? Tsk.Tsk.Tsk.

Shah-Olive
We are the PINKIES


Shah-Olive
Hipotesis: Semakin ringan badan, semakin tinggi lompatan. Hahaha

Pelompat paling tegar. Wakaka!

Masa : Satu Senja Yang Hening
Lokasi: Perkarangan Masjid Putrajaya, Alamanda

Apekah?!
Sebenarnya tujuan utama ke sini adalah nak siapkan assignment Edu Tech yang kena amik gambar. Tapi end up semua jadi biol terlompat2. Tidak dilupakan Tasha. Beliau ada disekitar lokasi tapi tak nak join melompat sama. Kenapa? Beliau sangat pemalu kekdahnyer. Pemalukah?