22 March 2009

Entri Yang Pelbagai Cerita

Lama sungguh tak post apa2. Kind of busy. Sangat2. Assignment last minutes, tiba-tiba aku kena pergi tournament squash dalam Kejohanan Guru Malaysia (KAGUM) wakil IP aku, kemudian rush balik sebaik sahaja tamat kejohanan sebab mak aku dah bising-bising nak pergi Langkawi mencari pinggan mangkuk vantagenye. Dan diselitkan juga dengan peristiwa kawan tak berguna+hampes+Bloody Hell. Adoiyai.

Awal mula pertama mula adalah kesibukan menyiapkan assignment. Aku ada oral presentation yang sampai sekarang aku tak tau nak buat tajuk apa. Sebab nak kena present cara mengajar secondary school. Memang agak susah jugak sebab yang jadi muridnya kawan2 aku. So, ada sesiapa cikgu sekolah menengah(spesifik English Teacher) yang nak cadangkan pada aku apa yang best diajar kepada mereka yang berada di secondary school amatlah dialu-alukan. Test aku amat mengecewakan juga sebab markah betul2 cukup makan. Kalau 30, dapat 15. Memang padanla muka aku sebab pemalas ya amat. So assignment kena skor gila tahap gila babi.

Dalam kesibukan mengejar due date, tiba2 lecturer PJ call aku pula suruh main squash untuk IP. Memang agak mensiyutkan jugak la sebab rojer seminggu sebelum tournament sebenar. Aku pula dah pencen turun padang since dah menjadi budak GUMUK! Habis sakit2 badan aku training dalam masa beberapa hari je(lebih spesifik lagi less than 10 hours!!!). Very the bengong. Aku tak pernah main tanpa ready macam ni. Nasib baik jugak dapat bronze. Terima kasih pada Dian+Assila sebab tolong aku dapatkan basic aku yang memang kucar-kacir hari tu. Kamu memang best. Tanpa kamu siapalah aku. Bla3. Malas nak puji lebih2 budak 2 orang ni. Nanti mereka poyo.


Oh yeah, dalam sibuk2 tu, sempat plan lagi nak jumpa POPEYE. Yezza. Popeye turun JB beb! Mari terharu sebentar. Actually dia nak balik Melaka pada Ahad. Aku pula pergi KAGUM tu Sabtu. So, sebelum tu kami jumpa la kejap. Yea Popeye. Gua masih lagi terharu ni sebab lu sanggup datang dari jauh entah untuk kali ke berapa. Ahaa. Masa Popeye kat Melaka, banyak peristiwa best terjadi! Tapi aku tak nak share sebab perkara sebegitu amatlah private. Cukuplah sekadar memberitahu yang kami berdua gumbira. Wink*Wink*Wink*. Oh ya, Mak Popeye sangatlah lemah lembut. Hari tu hp Popeye masuk toilet! Dia tak ingat phone number mak dia, maka aku la yang kena bagi tahu. Ketar beb cakap dengan mak dia. Pada hal, nak bagi tau pasal phone masuk toilet je pun! Ada sorang kakak KPLI ni dengar aku cakap dengan Mak Popeye. Lepas je aku cakap tu, dia sound "amboi, lembutnye suara..." Kah3. Takkan nak brute2 dengan mak dia kan. Tak seswais. Dengan kawan2 boleh la. Hiks.

Berbalik semula kepada kejohanan yang tak berapa nak menjohan itu. Lepas aku jumpa Popeye, aku terus ke Bandar Penawar sebab Ahad dah tournament sebenar. Aku tak pernah terfikir pun nak pergi KAGUM tu. IP aku jadi tuan rumah. Kejohanan itu berlansung sepenuhnya di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Okaylah jugak. Tapi bab pengurusan memang malas nak komen. Kesian kawan2 sebab semua berlaku last minutes jugak. Tapi apa2 pun food two thumbs up so aku tak peduli dah pengurusan macam mana. Lepas je dapat pingat, aku angkat kaki sebab mak aku dah bising2 suruh balik. Dia dah tak sabar lagi nak menghabiskan duit di Langkawi. Aku dah suruh pergi je dengan ayah, ala2 honeymoon gitu. Tapi ayah aku tu memang pelik sikit. Kalau aku tak de, jangan harap la dia akan ke mana2. (sayang aku lebey beb!) Lalala~

Habis je tournament hari Isnin, tengahari tu jugak aku gerak balik rumah. Sampai dah senja. Hujan pulak tu sepanjang perjalanan. Pukul 9, lepas Isyak, kami bertolak ke Langkawi. Aku drive lagi. Dari selatan ke utara beb! Agak sakit pinggang jugak la. Sampai Alor Star, aku dah tak leh blah. Tukar dengan ayah. Aku tidur 3 jam je sampai ke Kuala Perlis. Di Langkawi kami duduk di Holiday Villa. Ow Yeah. Memang best laut dia ombak slow sebab terlindung kat pulau. Aku mandi laut dengan ayah+adik. Mak tukang jaga barang. Hehehe. Aku juga shopping chocolate tak ingat dunia.(jangan risau Popeye. Untuk kamo semestinya ada) Hehehe. Ayah yang belikan untuk Popeye beb. Mak siap tanya lagi, dah post ke belum choc tu? Huhu!

Lepas 4 hari stay sana, kami bergerak balik. Disebabkan Hadi nak sangat pergi Zoo Taiping, kami singgah sekejap masa dalam perjalanan balik. Okaylah jugak. Tapi Zoo Meaka lagi best kot. Budak2 best la. Aku? Bosan sikit. Tapi layan je. No problem at all. Enjoy la jugak. Oh ya, di Taiping ada banyakkk kem askar. Nanti aku dah posting aku nak mintak mengajar di Taiping la. Boleh cuci mata sekali (lepas tu kene cuci otak dengan Popeye). Hahaha. Dalam kereta. Hadi buat lawak antarabangsa.

Hadi : Ayah, dah sampai Aipoh.
Ayah: Bukan Aipoh la Hadi. Ipoh...
Hadi : Aipoh la ayah. Cuba tengok tu. (tunjuk ke pada perkataan IPOH yang besar di atas bukit masa kat mana tah)

Kami bertiga gelak je. Boleh pulak jadi Aipoh. Adoiyai. Tak leh blah. Then, ayah ajak tidur di Taiping tapi kami teruskan juga perjalanan balik sebab hari Sabtu aku kena ke Cheras. Cousin kahwin la pula. Anak Mak Long Rokiah. Mimie. Konvoy ramai2 dengan Pak Cik Sham, Pak Su, Pak Lang, Pak Long Li, Anak Pak Long Li, Pak Ngah Nan, Along(cousin aku jugak), banyak jugaklah kereta. Dalam 7-8 buah. Dalam banyak2 kereta, kereta Pak Su paling gempak. Dah pakai merclah pula. Dah lah umur tak sampai 40! Salute Pak Su. Nak jadi macam Pak Su. Terosss! Ayah cakap, one day dia akan pakai merc jugak. Lepas habis bayar kereta aku kot. Memang merc kereta idaman ayah dari dulu2. Pelik jugaklah kenapa orang lelaki suka pakai merc??? Agak kurang faham di situ.

Dalam kegembiraan, kami dapat tahu Pak Lang Mi masuk hospital Seremban. So, balik je semua terus pergi melawat Pak Lang Mi. Mari doa beramai2 supaya Allah sembuhkan Pak Lang Mi cepat2. Amin. Kesian Mak Lang. Mereka baru je berkahwin seminggu yang lepas. Kira sekarang ni time honeymoon, tiba2 Pak Lang jatuh sakit pula. Bengkak je mata dia semalam. Masa mak salam+hulurkan bantuan yang tak seberapa, dia nangis peluk mak. Mak suruh dia bersabar banyak2. Aku pulak tak leh tengok orang nangis2 ni. Isk3.

Okay. Tamat cerita pasal alkisah kesibukan aku yang pelbagai. Ahaa. Popeye sedang dalam usaha untuk berhenti merokok. Aku turut tumpang menanggung tekanan sebab dia asyik nak marah je. Mula2 aku tak tau dia tengah stop merokok. Dah nak kecik2 ati sebab dia hangin semacam je. Dia pula ingat nak tunggu seminggu baru nak bagi tau aku. Last2 bagi tau jugak walaupun beberapa hari sebab takut nanti aku majok2. Hehehe. Terharulah pula dia nak stop merokok. (^_^)

Hurm. Sebenarnya ada satu cerita tak best. Sangat tak best sampai tahap bloody hell. Malas nak membuat ulasan lanjut, cuma nak cakap, berhati-hati dalam memilih kawan. Manusia memang penuh dengan hasad dengki. Mungkin aku ni blur. Tak nampak yang manusia keji tu memang dah keji dari awal lagi. Yelah kan. Aku kalau dah kawan, mesti la kawan betul2kan. Rupanya manusia keji itu tidak begitu. Sungguh membencikan. Aku belajar supaya tak cepat percaya orang. Depan baik, belakang belum tentu mereka tak mensialkan diri. Cuma satu yang aku nampak, selagi kau dengki dengan apa yang ada pada orang lain, selagi tu la kau takkan gembira. Kau takkan pernah rasa puas dan bersyukur. Belajar la bersyukur dan hidup dengan apa yang ada je. Hidup atas kemampuan diri. Cermin diri tu sikit. Jangan la hidup nak tunjuk lagak, lepas tu menyusahkan mak bapak. Cara untuk mencari kegembiraan sebenar adalah dengan menghargai apa yang ada disekeliling kita. Baru boleh rasa tenang dah happy. Sebenarnya aku sangat geram, ok! Kalau tak kerana nasihat kawan2 terdekat, memang aku dah tak nak berkawan dengan dia lagi. Serius. Damn. Aku rasa macam kepercayaan aku kat dia dah dipijak2. Sungguh bloody hell manusia ini. Pandai bermuka2 lagi. Superb seyh! Kepada semua, berhati-hatilah dalam memilih kawan. Sebab manusia ni nampak je depan kita baik. Tapi belakang kadang2 macam syaitan bertopengkan manusia. Huh.
Rindu kawan2 aku yang sebenarnya kawan... Tapi mereka jauh...

Dah jadi macam tempat meluahkan emosi pulak entri ni. Malas nak cerita panjang lagi. Banyak cerita, banyak dosa. Adios.

09 March 2009

Kekayaan Dan Kemiskinan

Bulan ni adalah the happiest month ever. Sebab? Ayah bagi aku bawa kereta putih kesayangan ku itu ke JB. Yeah! Dan bulan ini juga the pokaiest month ever. Sebab? Bounty PALAPES aku tak masuk lagi and duit biasiswa aku pun dah tiada sesen pun akibat terlalu ghairah bershopping. Hidup aku sekarang bergantung dengan elaun PAMA saje(RM 600 per month). Sebenarnya tak plan apa pun nak bawak kereta. Sebab ayah cakap kereta hanya boleh bawak di UPM nanti. Jadi, aku pun kendurikan la duit biasiswa aku secara besar-besaran.

Shades Marc Jacobs-RM500(shades memang mahal pun, ok. That one the cheapest after sale)
Jam Bonia-RM300
Clinique-RM495
Stephenie Meyer Novels+Green is the Colour+Shopaholic+Cecelia Ahern(tak best pun)-RM300
Buku Communication Skills+Expository Writing+Psikologi Pendidikan untuk perguruan(for academic purposes)-RM200
Barang kereta-RM100
Barang Adik Hadi-RM200
Kasut Sembonia-RM80
Undergarment La Senza-RM400
Makan-RM500
Hard Disk 1 tera-RM405
Barang Mengarut-RM200

Ok. Bila aku dah listkan, baru aku sedar yang bende aku beli sikit je. Tapi duit dah habis! Huhu! Mujurlah ayah tak tanya banyak mana pergi duit aku. Dia cuma bising sikit sebab aku tak bagi dia lansung untuk simpan kat akaun ASB aku. Aku malas. Sebab aku nak rasa jugak shopping barang-barang mahal.(Ceh. Macam tak pernah je!) Tak pe la duit aku habis asalkan hati aku puas. (sedapkan hati sendiri)

Sekarang ni, nak beli apa pun fikir 20 kali dulu (sebab dah pokai). Hahaha. Tapi serius aku rasa happy gila dapat membelanjakan duit itu dalam sebulan je. Sebab sebelum ni ayah pun tak pernah bagi aku banyak-banyak untuk shopping. Kalau nak, dia akan bagi RM500 tu dah paling banyak dah. So apa yang aku nak beli pun jadi terhad. Tapi tak best jugak kali ni sebab aku beli shades, aku tak dapat tukar handbag. Aku tunggu bounty masuk, kemudian nak beli handbag bonia baru. Lawa seyh. Aku dah tengok kat butique dia hari tu. Tapi masalah negaranya, kalau pinjam kad Bonia mak nak beli, kantoi la aku ada handbag baru nanti. Sure bising tu.(mak and ayah aku tak suka aku membazirkan duit)

Dasar manusia tak pernah cukup. Bila dah ada yang ni, nak yang tu pulak. Bila dah beli semua ni, aku teringin pula nak pakai LV/Prada/Anya Hindmarch. Itu baru real. Beribu-ribu lemon harga dia. Memandangkan masih belum mempunyai kemampuan pada tahap itu, aku hanya mampu menyimpan angan-angan. Tunggu orang belanja la mungkin?! Karut. Huhu!

Dah tengok bajet 2009 aku ni? Masih ada yang nak kawin dengan aku tak agaknya??? Ada bran??? Sebelum pasang niat, penuhkan poket dulu, ok?

Aku rasa apa yang aku beli tu tak membazir pun. Aku perlukan semua tu.(alasan!) Tapi aku nak nasihat kawan-kawan, kalau shopping macam mana sekali pun, tinggalkan duit untuk waktu kecemasan. Terutama bagi yang memandu kenderaan. Tak banyak sekali pun, seratus dua mesti ada dalam tangan. Sebab orang cakap, malang tidak berbau perfume! Kepada yang dapat biasiswa, marilah kita jolikan biasiswa yang ada sebab next semester dapat lagi! Hehehe. Shopping je barang2 yang korang mahu tanpa mengira harga. Itu lebih mendatangkan kepuasan.
Peace. ($_$)

07 March 2009

TESLian Get Together-11th February 2009


Me!

Faiz, Fahmi, Tasha, Shahrul, Pinky, ME, Harith

(^_^)

ME and Christine Lee

Rose

Beloved Ms. Ratha. She Is Rawk!!!

Girls Rulez!

Me and Food

Coursemates

Dedication Table

Bluek.Bluek.

Me and Roomie

Happy together

Fahmi, Faiz, Fadli, Me

Dedication Table with classmate

Seniors

Faiz-Tasha-ME

No Caption

Tablemates

Syhhh...

Nyum.Nyum.