27 February 2009

Tag From Rai+Ifa

Tag Pertama.

~~Letakkan 3 pic dalam keadaan berlainan mood ~~




Enjoy the party


Starving to death. Waiting for food.

Sleepy Head of Aya


~~ Describe in 5 w0rds ab0ut urself ~~

-Shopaholic
-Sloane
-Troublemaker
-Audacious
-Love


~~ 3 perkara yang buat anda gelisah ~~

-Tak balik rumah lebih 2 minggu
-Gaduh dengan Popeye
-Tak pergi shopping


~~ Huruf yang anda selalu guna (fav huruf) ~~
-A


~~Senaraikan 5 perkara yang buat anda happy ~~

-Balik rumah jumpa parents
-Jumpa Popeye
-Duit yang banyak
-Pergi holiday
-Makan


~~ Senaraikan 5 insan yang anda sayang -

-Mak
-Ayah
-Adik
-Popeye
-(ntah???)


~~ Anda marah bile... ~~

-Orang mulut laser tak jaga hati orang lain. Pirah. Benci sungguh.
-Orang usik barang aku tanpa izin. Memang nak kena la tu.
-Orang bawak kereta macam bawak kereta lembu.


~~ Anda nanges bila.. ~~

-Tension tapi tak dapat balik rumah
-Annual camp PALAPES
-Ada satu sebab yang tak boleh diberitahu. Hehehe.


~~ Tuliskan nama penuh anda di sekeping kertas menggunakan tulisan tangan anda ~~




~~ Tuliskan this word " take a time to forget someone " di sekeping kertas dengan menggunakan tulisan tangan anda ~~



~~ berikan tag ini kepada 5 f0ll0wer ~~

-Sila letak nama anda sendiri.

Tag Kedua.

1. anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka
2. pastikan di crop
3. setiap satu pic hnya bole menampakkn 1@2 anggota s
ahaja
4. huraikan sikit tentang pic tuh

5. tag sape je a
sal lebih dr 5 0rg


1st picture


You are the apple of my eyes

2nd picture


Words in my mouth

3rd picture


Blood from a broken nose

Dah siap. Lama aku tangguh tag ni. Baru sekarang nak pos. Huhu!

24 February 2009

Salah Kain!!!

Dah lama aku tak menulis kat sini cerita hidup aku. Mungkin aku sibuk+gembira sangat dengan dunia realiti, maka aku melupakan sebentar cerita aku di ruang maya ini.

SALAH KAIN 1
Pagi-pagi azali lagi dah menghuru-harakan hidup aku bila hari ni tiba-tiba aku SALAH KAIN TUDUNG. Biasanya kalau baju aku warna purple, tudung pun mesti purple juga atau pun ikut warna bunga. Tapi malangnya, hari ni aku bangun lambat. Ada perhimpunan pagi pula pukul 7.30. Sangat suwey. Maka bila dah siap mandi, aku pun ambik je baju yang dah beriron dalam locker. Terambik yang warna ungu. Bila aku cari tudung (yang aku sangka dah siap di iron) tak da pulak! Haru. Jam dah pukul 7.27. Baru aku teringat, tudung tu ada dalam baldi. Aku tak sempat nak basuh sebab weekend hari tu aku balik rumah. Siyut. Maka aku dengan SALAH KAIN TUDUNGNYA pergi ke kelas pada hari ini. Rimas gila! Rasa macam semua tak kena. Nasib baik pukul 8.00 pagi masa dalam kelas lecturer aku talifon bagi tau yang kelas batal.

SALAH KAIN2
Aku, Tasha dan Hell-You pergi makan tengahari di sebuah kedai(aku lupa nama kedai tu) kat Kampung Melayu. Tak perasan awan membawa kandungan air yang sangat berat. Sampai di kedai makan tersebut, baru la perasan hari nak hujan. Sebenarnya, setiap kali aku basuh kain pun hari akan hujan. Memang confirm. Hari aku basuh baju je hujan turun. Mungkin suwey sebab aku basuh baju 2 kali seminggu kot. Adoiyai!

Tasha: Ala, baju aku kat luar la.
Olive : Telefon la sape2 mintak tolong angkatkan dulu sebelum hujan ni
Tasha: Aku nak telefon Lia lah.
Olive : aku nak telefon farah.

Bilik Farah di aras dua. Bilik aku di aras tiga. Hari ini aku hang baju di aras Farah sebab semua tempat aras aku penuh. Budak aras aku bukak kedai dobi hari ni. Tsk.Tsk.Tsk.

Farah: Hello.
Olive : Hello Farah, kau tidur ke?
Farah: Ha ah.
Olive : Farah, tolong weh. Angkatkan baju aku. Aku hang kat depan toilet aras kau. Hari nak hujan ni.
Farah: Kau kat mana niyh. (suara lalok2 orang baru bangun tidur)
Olive : Aku tengah lunch ni. Takut tak sempat balik. Kang basah semua lecehlah. Baju aku dari short warna biru, sampai baju kurung tu. Lepas tu ada towel sekali kat hujung sikit. Tolong,ey?
Farah: Nak letak kat mana nanti tu?
Olive : Letaklah mana-mana. Dalam bilik kau boleh gak.
Farah: Okay.

Bila aku balik, aku tengok, baju aku kebasahan. Sedih. Sampai hati Farah. Dia tidur balik kot lepas letak telefon tadi :(
Bila aku naik bilik, baju dan bra serta underware yang tak dikenali berada di atas katil. Milik siapakah KAIN ini?
Aku pun berlari-larian untuk menyelamatkan baju-baju aku yang baru separa basah.
Farah yang nampak aku sedang angkat baju...
(Farah buat muka pelik)

Farah: Baju kau aku dah letak atas katil la ya...
Olive : Farah, kau angkat baju yang depan toilet mane? Aku cakap toilet aras kau lah...
Farah: Herk? Bukan kau kata toilet aras kau ke? Abistu??? Baju sape yang aku angkat tadi weh???
Olive : Aku pun tertanya-tanya...
Farah+Olive: (LOL!!!)
Farah: Aya, sorryla... Aku tak perasan kau cakap baju kau kat aras aku tadi... Huhu
Olive : Takpe. Takpe. Aku ingat nak merajuk tadi. Kau dah salah angkat, tak jadi nak merajuklah. :p
Farah: Patutlah masa aku angkat tadi macam pelik je. Bila pulak Aya ade baju-baju macam ni. (LOL lagi) Bra dia pun macam tak sama saiz. (LOL.LOL.LOL)

Tuan Punya Baju: Aya, ada nampak baju yang hang kat depan toilet ni tak?
Olive: Ada. Ada. Dalam bilik Aya.
Tuan Punya Baju: Owh. Aya tolong angkatkan yea. Thanks tau. Akak dah risau dah kat sekolah tadi takut baju basah.
Olive: Sama-sama. (wat muka mulia)

LOL!!!!!!!!!!!

18 February 2009

Tag From Izyana

1.What is the relationship of you and him/her?
Heart and Soul Relationship

2.Your 5 impression towards him/her?
1. Staring into his eyes always made me feel extraordinary-my bones were turning spongy...021
2. He is responsible and superb caring :)
3. We have same taste. Always pick and choose the same things :)
4. Full of love
5. PEMBULI

3.The most memorable thing he/she done for you?
He came to JB on my 20th birthday at the Surprise Party as a Bigggg Surprise!!!

4.The most memorable thing he/she said for you?
I Love You...
I Miss You...
These words are memorable because he rarely say it out loud. He believes that action speak louder than words.

5.If she/he become your lover, you will..
Have a lover is prohibit in Islam. Maybe can change it to Hubby?
If that so, I will take him to Paris for honeymoon.

6.If she/he become your enemy, you will..
Die.

7.If he/she become your lover, he/she has to improve on..
He is my Mr Nice Guy.
He is my Mr Right.
He is my Price Charming.
For the time being, I would not ask for more.

8.If he/she become your enemy, the reason is..
Because he want to die. I will kill him for sure.

9.The most desirable things to do on him/her?
I want to give him a new jacket. So, I will start saving money from now. He lost it during Valentine's Day. :)

10.The overall impression on him/her?
He speaks through his eyes.

11.How do you think the people around you will feel about u?
Talkative

12.The character of you for yourself is?
I am the best no matter what.

13.On contrary, the character you hate of yourself is?
Selfish

14.The most person that you want to be is?
Rebecca Bloomwood-Main character in Shopaholic series.

15.For the people who cares about you and likes you, say something about them..
I'm in a relationship but not yet married. So, do not give up, ok?

16.Five people to tag?
Rai
Mira
Ifa
Safwan Hakimi
*Help your self to jot down your name if you want to.

16 February 2009

♥ Belaian Jiwa ♥

Ermm... Tengok tajuk pun dah tahu entri ni sangat jiwang,kan? Bagi aku peluanglah berjiwang-jiwang untuk satu entri ni,ok? Hik2...

Jumaat 13-Februari-2007
Sebenarnya aku+Popeye tak plan pun nak sambut Valentine. Tak pernah sambut pun. Kami patutnya jumpa 7/Februari/2009 tapi malangnya Popeye duty pada hari Ahad tu jadi secara automatiknya, terbatal. Kami decide nak jumpa 14/Februari/2009 which means jatuh pada Hari Valentine. Tak baik kan sambut Valentine. Tapi sambut Hari Kasih Sayang tak pe kot? Hehehe. Meriah betul KL malam Valentine tu. Ade roses, teddy, baloon. Jenuh jugaklah nak cakap... "No, thanks" pada mereka yang jual2 tu. Malam tu kami pergi makan kat Tarbush something. Lupa nama kedai arab tu. Dekat area BB la jugak. Food dia boleh tahan. Tapi tak sempat nak amik gambar sebab kami da terkam dulu food tu sebelum sempat camera dikeluarkan. Hahaha. Mula2 kami order Beriani Ayam dengan Lamb Chop je. Air-Mango Juice+Pepsi. Tapi bila dah makan half, rasa macam tak cukup. Kami mintak pulak Mix grill-ayam+kambing+daging yang membuatkan kami berdua rasa sgt full+gemok. Hahaha.

Sabtu 14-Februari-2009
Kami jumpa awal pagi. Awal pun dalam pukul 12 kot! Awal ke? Kemudian terus pergi ke Lowyatt. Cari external hardisk(1 tera) aku. Happy seyh dapat hd baru. Tak la laptop aku weng lagi. Full sangat. Lepas tu kami pegi breakfast+lunch=brunch. Nasi ayam+Milo Ais+Ice lemon Tea. Lepas makan, kami gerak ke Pavillion. Nak shopping-shopping sket sebab ade orang tu janji nak kasi aku hadiah+boleh pilih sendiri pulak tu! Best gile. Hehehe. Kami pun masuk Parkson. Sedang berjalan-jalan, budak 5 orang ni tahan kami(ada sorang lagi perempuan yang tukang amik pic). Ingat nak jual ape...

A:
Akak+Abang kejar masa ke?
Popeye:
Tak lah. Ktorg jalan2 je.
A:
Ok. Kami bukan nak jual apa2 cuma sempena Valentine ni ktorg nak dedicate lagu untuk Abang+Akak
Olive+Popeye:
Ok. (Angguk2)


Seindah...Tiada lagi kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti...Biar sampai akhir hayat ku di dunia
ini
Kau tahu betapa ku sayang pada mu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia

Belaian jiwa...

Best suara diorang weh. Yang main gitar pun pandai. Lepas mereka nyanyi lagu tu......
A:
Ok, sempena Valentine ni, ktorg bagi peluang dekat Abang untuk cakap apa2 kat akak. Apa2 je, yang selama ni tak terluah ke...
Olive+Popeye:
(Malu2 weyhhhh)
A:
Ada pape yang Abang nak cakap kat akak?
Olive:
(Dah rasa macam nak menyorok kat mana2 dah)
Tiba2 kan, Popeye dengan sportingnya:
Popeye:
Sempena Valentine's ni saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada dia sebab menjaga saya selama ni. Dia sorang la yang banyak ambik berat pasal saya. Ktorg da setahun+++. (apa tah lagi dia cakap. Aku dah lupa sebab terkejut gila time tu)

Huuuuuuuuuuu~
Terharu~Terharu~Terharu~
Dia mana pernah confess menda2 macam ni apatah lagi depan-depan orang. Live lagi. Memang aku terharu gile+Happy gile+Rase nak terbang2 time tu jugak. Huhu!
Pastu adik tu bagi kami air mineral spritzer. Botol dia special jugak la. Ada bentuk love.


Lepas tu kami sambung perjalanan cari hadiah aku. Hadiah apa? Tu kena tanya Popeye lah. Aku malas nak cerita. Hehehe. Dah siap cari adiah, hari pun petang. Kami siap2 untuk dinner di sebelah malam kat The Ship. Mula2 nak buat reservation, tapi untuk Valentine mereka tak benarkan reservation. Kalau nak cepat kena pegi awal. So, lepas maghrib tu kami pun gi. Best sangat2!!!

Valentine's Love Feast Set Dinner


Romantic Place+Happening Evening+Gr8 food=PRECIOUS MOMENT

Waiting For Our Table...

Pictures speak louder than words



Right after dinner

Hehe...Kami order Valentine's set. So, dapat teddy sorang satu. Popeye sangat simple,kan? Pakai shirt jek. Cian sama dia. Sebelum pergi dinner ni baru sedar jacket dia hilang kat ATM Maybank. Tertinggal kat situ. Bila pergi tengok balik, dah takda dah...Sob.Sob.

♥LOVE♥

Lepas makan, kami pergi layan Shisha. Masih lagi di area BB. Aku mintak perisa Apple. Terkejut jugak aku sebab sekarang macam dah tak boleh layan shisha lagi. Rasa nak muntah seyh. Aku tanya Popeye

Olive : B boleh habis ke shisha ni? Syg da tak boleh masuk lagi la dengan shisha
Popeye: Boleh. Sepuluh pun boleh. Jangan risau.

Masa kami tengah sembang2, ada sorang baby ni, dalam 6 bulan kot, dia duk pandang je kami. Dia dekat bahagian dalam. So memang nampak jelas la muka dia. Comel sangat. Yang peliknya, dia pandang Popeye je, dia gelak. Pada hal Popeye acah2 sikit je.

Olive : Bb, that boy suka B la
Popeye : Comel budak ni
Olive : We should have one, someday...
Popeye : No. I want to have it for ten.
Olive : Huh????




Popeye+Olive+Shisha



Popeye the dragon. Banyak gila asap. Aku hembus2 tak kuar pape pun. Ceh. Finally, I give up. Maybe shisha and me are not meant to be anymore. Semua salah Popeye! He does not allow me to have shisha on my own... with friends. Untuk kebaikkan aku katanya. Ermm... Let it be... Lama kami sembang-sembang. Macam-macam yang kami share. Pasal childhood, parents, friends, study, works. Nah, kami tak pernah habis topic walau pun jumpa setiap hari. Tu belum lagi tambah dengan call+sms. I just feel right to share everything with him. Cuma, jangan sesekali cakap macam ni
"B, sayang rasa mamat tu handsomelah!"
Don't ever. Terus tarik muka dari happy2. Hahaha. Whatever it is, I'm truly happy with him and I know he is happy with me to. Thus, we are happy together. No doubt. (^_^)

Ahad 15-Februari-2009

Pagi tu kami jumpa dan pergi makan breakfast sama-sama di kedai mamak. Dalam pukul 11 kot. Satu kejadian yang tak dapat dilupakan sewaktu aku+Popeye tengah breakfast... Popeye pakai tangan, jadi dia nak pergi basuh tangan. Ada sorang nyah yang tengah Q nak ambik lauk, boleh pulak usha2 dia+buat muah2 kat dia. Peh... Tapi tu kira kejadian biasa. Aku pun tak faham kenapa nyah2 memang suka sangat usha dia. Dulu masa aku pergi beli perfume dengan dia kat Marc Jacobs tu pun nyah salesgirlman tu duk usha dia dari atas sampai bawah jugak. Tak boleh bla weh!

Tiket aku balik JB-4.30. Popeye balik Perak-5.30. So before bertolak ke destinasi masing-masing, kami pergi makan kat Secret Recipe. Kami sembang-sembang lagi. Rasa macam singkat sangat pertemuan 3 hari. Sedih pun ada gak. Tapi dua2 maintain cool. Lama jugak kami lepak kat situ. Sepanjang tengahari.



Nyum.Nyum.Nyum.

Kami order Valentine's Promotion set:

2 soup of the day
1 stewed aussie beef steak (for me)
1 pan grilled dory with lobster sauce (for him)
1 brownies with ice cream
2 sparkling juice (appletiser)

Tapi aku add up Mocha Blended sebab aku tak berapa minum sangat sparkling. Aku tak suka minuman berkabonat. Yang paling tak boleh blah, lepas abis main dish, waitress tu hantar brownies. Atas dia ada topping coklat+ice cream. Brownies tu pulak macam ala2 moist sikit. Memang sangat menyelerakan. Boleh pulak dua2 berebut2 nak habiskan aiskrim tu. Macam budak2 je. Yang paling best, Popeye tak puas ati sebab dia duk kumpul2 aiskrim tu dengan sudu, aku dengan kejamnya cilok semua aiskrim dia dan makan. Memang muka dia masa tu macam nak makan aku. : p
Lepas tu, dia amik aiskrim yang kat atas brownies tu, aku dengan kejamnya sekali lagi cilok yang dalam sudu dia pulak. Paling dia hangin, aku buat2 nak pujuk dia dengan suapkan aiskrim+brownies kat dia, bila dia dah nganga nak makan jek, aku terus tarik balik suap ke dalam mulut aku+buat muka...makanan ini sungguh lazat. Sekali lagi muka Popeye kelat+macam nak munuh aku. Hehehe.


Apasal budak ni happy sangat,ek?

Tunggu food sampai...
(^_^)

Kami dah full

Ketika jam menunjukkan pukul 3.45 p.m, kami gerak dari Secret Recipe ke Pudu. Aku naik bas dulu. Masa Popeye tengah tunggu bas, boleh pulak ada sesi Romeo & Juliet kat Pudu. Pudu, ok. Pudu. Popeye bagi tau aku kat mesej.

Popeye: Haha. Ade sorang2 mamat x keruan.. Dok ke hulu ke hilir tepi bas. Kol gf dia dalam bas ni dengan sangat feeling. Hahaha...

Olive: Macam la dia tak penah macam tu... Tapi takde la ke hulu ke hilier. Hahah.

Popeye: Mamat tu nak nangesh.. Muahahaha...
Popeye: Haha.. Dia maluuu.. B pandang jee.. Hahaha...Hahahaha...
Popeye: Hehe.. Dok tengok mamat romeo niy...

Olive : Overnyeh... Kan best kalo B camtu... Leh Sayang gelak guling2 dalam bas ni. Hahahaha...

Popeye: Eley, daripada nangesh dalam bas? Pastu B kene naek gak g pujuk... Tak pe aa... Sayang punye pasal...Bas dah gerak ni...Waa... Mamat tu ikot aa.. Samapi kat bukit tu.. Before masuk ke jalan besar. Btol2 rindu niy...

Olive : Jahatnye B niyh! B, pandang dia sambil wat muke macam ni 'takkan nak nangesh kot weyh. Pe barang'. Hahahaha

Popeye: Dia ikot lagi meyh...

Olive : Hahaha. Naek skali la wes. Parah gile. Awek dia camne? Nangesh2 ke? U should record it lah. Rogi tol!

Popeye: Daa... Cite romeo and juliet da abesh... Sekian...
Popeye: Tah.. Kewl je... Nangesh diam2 kot...

Olive : Ooo... B, jangan wat gitu tau. Nampak macam drama swasta jek... Hahaha

Popeye: Mesti aa tak... Kesian tengok... Hehe.. Mesti rasa sedey tu... Selalu da rase...Huhu... Biar aa meke...
Popeye: Kalau B wat, Sayang terharu tak?

Olive : Herk? Tak yah la B...

Popeye: Haha... Nak jugak... Nak jugakk...

Olive : Boleh jugak. Nanti Sayang kat atas record. Leh tunjuk kat bakal SEPULUH ORANG anak2 kte nanti. Kan? Kan? Bestnye... Bestnye...

Popeye: Haha... Teros tak jadik... Bapak Navy, Mak Askar... Nak romeo2...Haha... Tak leh..Tak leh.. Tak ganazz....

Moral of the story: Kita perlu bijak mengawal emosi di tempat umum. Jangan kantoi sangat meyh.

Tu je la apa yang kami buat weekend hari tu. Sampai sekarang pun, kalau aku teringat, masih lagi mahu tersenyum...
♥♥♥034♥♥♥

05 February 2009

Adik Oh Adik

Lama aku simpan tajuk entri ni. Sibuk dengan test dan assignment. Sebenarnya kejadian-kejadian ni berlaku masa cuti hari CNY hari tu, tapi aku tak sempat jugak nak post sebab masa selalu mencemburui aku. (Ya tipu. Aku sibuk shopping jugak sikit2 dalam masa yang sama)
Aku baru je tengok blog Rai, Mira dan Ifa. Terima kasih sebab berjaya mengembangkan aku dengan pujian-pujian kalian. Sayang kamu semua. Muahx!



Berbalik kepada entri kita. Ini adik aku. Nama dia Abdul Hadi. Hobi dia berjimpit-jimpit di katil single aku bila aku balik cuti kat rumah. Aku pun tak faham kenapa sebab kalau aku tak da, mak aku cakap dia tak nak pun tidur dalam bilik aku tu. Hurm.

Situasi 1
Adik : Kak, malam tadi kau mengigau
Kakak : Mengigau? Tak yah la menipu, dik...
Adik : Betul la. Kau mengigau mcm ni ---- (buat gaya sambil sebut tah apa-apa)
Kakak : Betul ke macam tu?
Adik : Betul. Kau mengigau pasal Abang Zul yea... Eee... Nak kawin. Bagi tau mak.
Kakak : (dalam hati) What the fish?!

Situasi 2
Handphone aku berbunyi lagu Avril Lavigne-When you're gone.
Adik aku berlari-lari anak pergi menjawab handphone aku yang terletak di dalam bilik.

Adik : Kakkkk!!! Telefonnnn!!! (menjerit dari dalam bilik pada aku yang berada di ruang tamu)
Kakak : Okay. Okay.
Adik : Ada orang nak cakap dengan kau.
Kakak : Sape?
Adik : Abang B.
Kakak : (Speechless. Muka terkejut.)

Pot.Pet.Pot.Pet. Setelah selesai bercakap dengan Popeye...

Kakak : Kenapa Abang Zul jadi Abang B???
Adik : Yelah, hari tu aku dengar kau panggil dia B..B.. (Sebut B... B... sambil buat gaya ala-ala lemah gemalai)
Kakak : (dalam hati) What the fish?! Eh, kau tak boleh panggil B. Aku je boleh. Mulai hari ni, ko boleh panggil Abang Zul je. Tahu?
Adik : (Buat muka kerut-kerut tak paham kenapa tak boleh.)

Moral Cerita Di atas: Jangan tidur bersama Adik anda dan cakap telefon dengan boyfriend anda di hadapan mereka. Kanak-kanak mudah terpengaruh.

5 Fakta tentang Adik Hadi:
  • Lagu paling suka di mainkan di winamp aku: Cinta Kain Putih-Putra (rock kapak) & SMS-Ria Amelia (dangdut). Old school gila adik aku ni.
  • Lagu Inggeris kesukaan: Me love-Sean Kingston.
  • Tiap-tiap pagi dia akan bangun awal, play kan lagu-lagu tu kat winamp sambil main game online atau tengok Upin dan Ipin online sebab tak nak berebut laptop dengan aku. Kalau aku dah bangun dia memang tak boleh guna laptop dah.
  • Kalau aku ada kat rumah, dia mesti beli something tu dua. Contoh: Beli aiskrim 2, beli beli bangle hari kemerdekaan 2, beli apa-apa junk food 2. Sangat sweet.
  • Dia suka menangis. Mak aku panggil dia pelakon air mata. Kalau nak apa-apa, mesti nangis. Kalau dulu boleh la. Kesian. Sekarang, kami semua biar je. Hahaha.
Adik aku macam ni la. Adik kamu semua macam ni jugak ke? Ke Adik aku sorang je yang macam ni? Huhu.

01 February 2009

1st Tag in February

Tugasan pertama di bulan Februari. Aku sungguh suka bulan Feb. Kenapa? Entah. Just simply love it. Okay. Tanpa membuang masa, mari kita mulakan proses menjawab tag ini.



1. Copy Badge Cute Blogger Award untuk diletakkan di blog anda.

2. LINK atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

3. Penyampai anugerah : Safwan Hakimi Baharom (One of my besties at secondary school)


bULBul

So, how? You think he is hot? Just click HERE to know who he really is. So far as I know, he is a nice person. And single. Kot.(tak boleh puji lebih2 nanti mat ni kembung)

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memberikan anugerah ini kepada pemenang seterusnya.

  • Aku seorang yang homesick tahap gaban. Mesti balik rumah setiap 2 minggu sekali. Kalau tak, mesti menangis-nangis macam orang mati laki(walaupun tak kawen lagi).
  • Mak aku bestfriend aku tapi aku anak ayah(sebab mak aku otai. Dia tak layan orang nangis-nangis di telefon. Ayah aku je rajin layan aku bila aku menangis dan pujuk-pujuk aku suruh makan bila aku tak nak makan).Yea. Muka ayah aku garang tapi beliau seorang ayah yang sangat sweet.
  • Setiap saat bersama Popeye adalah sangat bermakna bagi aku.(sebab kami jarang jumpa)
  • Fear factor aku adalah kucing. Bukan benci tapi cuma geli meremang bulu roma satu badan bila pegang.
  • Semua negeri dalam Malaysia aku pernah pergi kecuali Sabah.(mungkinkah sebab...[buat muka gatai])
  • Aku suka makan, makan, makan dan terus makan.
  • Hobi aku tidur, makan dan sesekali membaca novel Inggeris(terpaksa).
  • Melancong dan melencong adalah aktiviti yang sangat menarik. Aku sangat suka!
  • Aku seorang yang tak reti manage duit sendiri.(sampai sekarang pun ayah tolong managekan)
  • Aku suka mak Popeye. Beliau sangat comel dan baik hati.(unsur bodek)
Done.

4. Aku berikan anugerah ini kepada mereka dengan hati yang ikhlas. Selamat bertag! :-